Tazkirah Buat Saudara-saudaraku

"Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman"


Syawal bersama Rasulullah s.a.w

eid2

“Aidil Fitri” berasal daripada perkataan Arab bermaksud Hari Raya Fitrah (suci) kerana pengampunan dosa-dosa di bulan Ramadhan. Aidil Fitri disambut setiap tahun kerana selesai puasa Ramadhan. Apa kiranya Bulan Ramadhan yang menjanjikan keberkatan, keampunan dari Allah tidak dimanfaatkan sepenuhnya oleh umat Islam?

Teruskan membaca


Kelebihan Ramadan

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa yang menafkahkan sepasang binatang (dua ekor kuda, lembu ataupun unta) untuk sabilillah (perjuangan agama Allah), maka dia akan diseru dari pintu-pintu syurga dengan ucapan: “Hai hamba Allah, inilah kebaikan.” Sesiapa daripada golongan ahli solat, maka dia akan dipanggil dari Pintu Solat. Sesiapa daripada golongan ahli jihad, maka dia akan diseru dari Pintu Jihad. Sesiapa daripada golongan ahli puasa, maka dia akan diseru dari Pintu Rayyan. Sesiapa daripada golongan ahli sedekah, maka dia akan diseru dari Pintu Sedekah”
Teruskan membaca


Kelebihan menjamu orang berbuka puasa

Seputar Ramadhan, banyak kelebihan menjamu orang di bulan ini seperti diriwayatkan :

Daripada Zaid bin Khalid al-]uhani RA daripada Rasulullah SAW sabdanya:

“Sesiapa yang menjamu makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka dia akan memperolehi pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.”

(Hadis riwayat Imam Tirmidzi bertaraf hadis hasan shahih)
Teruskan membaca