Tazkirah Buat Saudara-saudaraku

"Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman"

Bersahur banyak keberkatan


Daripada Anas RA katanya, Rasulullah SAW bersabda:

“Bersahurlah kamu sekalian! kerana sesungguhnya di dalam sahur itu ada keberkatan.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Zaid bin Tsabit RA katanya: “Kami bersahur bersama Rasulullah SAW kemudian kami berdiri untuk melakukan solat (Subuh).” Seseorang bertanya kepada Zaid bin Tsabit: “Berapakah jarak masa antara keduanya itu (sahur dan solat Subuh)?” Zaid bin Tsabit menjawab: “Sekira-kira kadar masa membaca lima puluh ayat al-Quran.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Ibnu ‘Umar RA katanya: “Rasulullah SAW mempunyai dua orang juru azan: iaitu Bilal bin Rabbah dan Ibnu Ummi Maktum. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Bilal bin Rabbah itu melaungkan azan di waktu masih malam ( sebelum menyingsingnya fajar sadiq), maka makan dan minumlah sekalian kamu (untuk bersahur) sehingga Ibnu Ummi Maktum melaungkan azan sebagai tanda masuknya waktu Subuh.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada ‘Amru bin al-’Ass RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

“Perbezaan antara puasa kita dengan puasa golongan ahlul-kitab (kaum Yahudi dan Nasrani) itu ialah adanya makan sahur.”

(Hadis riwayat Muslim)

About these ads

Komentar ditutup.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.