Tazkirah Buat Saudara-saudaraku

"Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman"

Ajalku akan tiba jua…Alfatihah untuk sahabatku


Guru, menantu lemas

Oleh Abdul Halim Yusoff
halem@bharian.com.my


Ust Che Salim, Ust Manan sedang mengusung jenazah sahabatnya…

Percutian tujuh sekeluarga di Rantau Abang bertukar tragedi

DUNGUN: Kegembiraan keluarga seorang guru dari Johor bercuti di Rantau Abang, dekat sini bertukar tragedi apabila beliau dan menantunya lemas ketika mandi laut, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor, berkata dalam kejadian jam 11 pagi itu, mangsa Elias Ismail, 54, dikatakan mandi bersama menantunya Badrisham Abd Majid, 29, serta seorang anaknya, Nashrah Farahiah, 19.

Katanya, ketika mandi Badrisham dipercayai dipukul ombak sehingga mendorong bapa mentuanya, Elias cuba menyelamatkannya tetapi gagal, menyebabkan kedua-dua hilang dibawa arus.

“Gerakan menyelamat dilancarkan sejurus selepas itu dan mayat mereka yang ditemui di tempat kejadian dibawa ke pantai oleh kakitangan chalet tempat mereka menginap,” katanya.

Dahlan berkata, Elias dari Batu Pahat, Johor dan Badrisham dari Subang Jaya, Selangor dikatakan menginap bersama lima lagi anggota keluarga mereka di Rantau Abang.

Katanya, mayat Elias dan Badrisham yang masing-masing dibedah siasat di Hospital Dungun, dibawa balik ke Batu Pahat dan Shah Alam untuk dikebumikan.

Dahlan menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika mandi di pantai Terengganu kerana ombak musim tengkujuh masih belum reda.

Komentar ditutup.