Tazkirah Buat Saudara-saudaraku

"Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman"

Rintihan mayat ketika ke kubur

1 Komen


Saudara-saudaraku sekelian, ingatlah :

Apabila mayat seseorang dimasukkan ke usungan dan dibawa orang ke kubur, dikhabarkan bahawa sebenarnya mayat ini tidak berdiam diri. Dia mengucapkan suatu ucapan yang dapat didengar oleh makhluk-makhluk di bumi kecuali manusia.

Sekiranya orang yang mengusung mayat tersebut dapat mendengar suara atau rintihan dari mayat yang sedang dibawa itu, sudah tentu tiada orang yang sanggup membawanya atau kemungkinan mereka semuanya akan pengsan.

Rintihan mayat tersebut adalah berbeza-beza antara orang beriman dan orang yang ingkar. Jika ia beriman dan beramal soleh maka ucapan pada waktu itu : “Segerakalah kamu membawa aku ke kubur”, sedangkan bagi mayat kafir atau pemaksiat, ia berkata : “Ke manakah kamu akan membawa diriku ini…?”

Hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Apabila mayat itu sudah diletakkan dalam usungan dan dibawa oleh beberapa lelaki dengan cara memikulnya untuk menuju ke tanah kubur, maka apabila mayat itu termasuk orang yang sering melakukan amal soleh, ia berkata : “Segerakanlah membawa aku ke kubur,” akan tetapi bila ia termasuk orang yang sering berbuat maksiat, maka ia akan berkata : “Aduhai alangkah celakanya, ke manakah kamu semua akan pergi membawa aku…?” Pada waktu itu semua makhluk mendengar ucapan mayat tersebut kecuali manusia, sekiranya manusia dapat mendengarnya, tentu mereka akan pengsan”

(Riwayat Bukhari)

Wallahu a’lam , moga kita mendapat peringatan dan membuat persediaan yang sewajarnya…….

One thought on “Rintihan mayat ketika ke kubur

  1. Semoga kita semua mendapatkan rahmat Allah supaya tergolong didalam orang2 yang beriman…Amin.