Tazkirah Buat Saudara-saudaraku

"Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman"

Sunnah menyegerakan berbuka


Daripada Sahl bin Sa’ad RA bahwasanya Rasulullah SAW bersabda:

“Sentiasalah seseorang itu memperolehi kebaikan selama mana mereka itu menyegerakan berbuka puasa.”

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Abu ‘Athiyah RA katanya: “Saya dan Masruq masuk ke tempat ‘Aisyah RA, lalu Masruq berkata padanya: “Ada dua orang lelaki daripada sahabat-sahabat Rasulullah SAW tidak melalaikan kebaikan; yang seorang menyegerakan Maghrib dan berbuka, sedang yang lainnya mengakhirkan Maghrib dan berbuka.” ‘Aisyah RA lalu bertanya: “Siapakah yang menyegerakan Maghrib dan berbuka?” Masruq menjawab: “Iaitu ‘Abdullah (‘Abdullah bin Mas’ud RA)” ‘Aisyah lalu berkata: “Begitulah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.”

(Hadis riwayat Muslim)

Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

“Allah ‘Azzawajalla berfirman: “Yang paling Aku cintai di antara hamba-hambaKu ialah yang lebih menyegerakan berbuka puasanya.”

(Hadis riwayat Tirmidzi bertaraf hasan)

Daripada Salman bin ‘Amr ad-Dhobbiyi as-Sohabi RA daripada Nabi SAW sabdanya:

“Jikalau seseorang di antara kamu berbuka, maka hendaklah berbuka dengan kurma. Sekiranya kamu tidak memperolehi kurma, maka hendaklah berbuka dengan air, karena sesungguhnya air itu suci.”

Hadis riwayat Imam Abu Dawud dan Tirmidzi.

Imam Tirmidzi mengatakan bahawa hadis ini bertaraf hasan shahih.

Komentar ditutup.