Tazkirah Buat Saudara-saudaraku

"Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman"


1 Komen

Kebesaran solat dua rakaat

Sumber : myMetro

ALLAH selesai menciptakan Jibril a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu antara timur dan barat. Ada pendapat menyatakan 124,000 sayap.
Teruskan membaca

Advertisements


Pahala Solat

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Bahawasanya seseorang yang selesai daripada sembahyangnya itu ada yang ditulis baginya (pahala sekadar) satu persepuluh sembahyang, satu persembilan sembahyang, satu perlapan, satu pertujuh, satu perenam, satu perlima, satu perempat, satu pertiga, dan satu perdua (separuh)”

(Riwayat Abu Daud).

Pengajaran:

Pahala solat (sembahyang) amat besar.

Namun demikian, pahala solat adalah mengikut sekadar mana khusyuk dan ikhlasnya seseorang itu kepada Allah S.W.T.

Oleh yang demikian, kita hendaklah sentiasa khusyuk dan ikhlas kepada Allah S.W.T. dalam menunaikan solat.


15 kesengsaraan menimpa pengabai solat

Saudaraku-saudaraku yang dikasihi Allah…

15 kesengsaraan yang akan menimpa orang yang mengabaikan waktu solat. 6 kesengsaraan akan menimpa ketika di dunia.  3 ketika sakaratul maut, 3 ketika di dalam kubur, dan 3 lagi ketika bangkit dari kubur.

6 kesengsaraan ketika di dunia adalah:

Pertama : dicabut keberkatan hidupnya.
Kedua : dihapus ciri-ciri orang soleh yang berada di wajahnya.
Ketiga : setiap amal baik yang di lakukan, tidak akan di beri pahala oleh Allah.
Keempat : doa tidak dikabulkan.
Kelima : tidak akan mendapat bahagian dari doa orang-orang yang soleh.
Keenam : keluar dari dunia (mati) tanpa membawa iman.

3 kesengsaraan ketika sakaratul maut adalah :

Pertama : mati dalam keadaan sangat hina.
Kedua : mati dalam keadaan sangat lapar.
Ketiga : mati dalam keadaan sangat dahaga, sehingga apabila seluruh air laut diminum, tidak akan hilang rasa hausnya.

3 kesengsaraan ketika di dalam kubur adalah :

Pertama : segera dihimpit oleh kubur.
Kedua : sepanjang siang dan malam dibakar dengan api membara.
Ketiga : dililit ular besar bernama Syuja’ (Ular ini matanya dari api neraka. Kukunya panjang dari besi yang panjangnya setiap kukunya adalah perjalanan sehari)

3 kesengsaraan ketika dibangkitkan dari kubur adalah :

Pertama : dihisab dengan berat.
Kedua ; mendapat murka Allah.
Ketiga : dimasukkan ke dalam Neraka.

Oleh itu, ketika mendengar suara azan, bersegeralah berwudhuk untuk mendirikan solat kerana azan memiliki makna-makna maknawi yang luar biasa.

Dalam kitab Tanbihul Ghafilin disebutkan bahwa Sa’id Jubair berkata, Ibnu ‘Abbas r.a ketika mendengar suara azan, ia menangis sampai basah serbannya dan merah matanya. Ketika ditanya, beliau menjawab, “Seandainya manusia tahu benarnya suara muazzin, pasti tidak mungkin dia sempat beristirahat dan tidur.” Apa maksudnya? Lalu beliau menjelaskan :

1. Seruan pertama, “Allahu Akbar” mempunyai makna, “Hai sekalian manusia yang telah sibuk mengurusi harta dunia, berhentilah dulu sejenak,sambutlah seruan ini, istirahatlah badanmu dan segeralah beramal
baik demi keuntungan dirimu.”

2. Seruan kedua, “Ashhadu alla ilaha illallah” mempunyai makna : “Aku mohon persaksian semua masyarakat langit dan bumi, bagiku di sisi Allah kelak di Hari Kiamat bahwa ‘ Aku telah menyeru kalian.”

3. Seruan ketiga “Ashhadu anna Muhammadar Rasulullah” mempunyai makna: “Aku mohon persaksian dari para Nabi khususnya, Nabi Muhammad s.a.w kelak di Hari Kiamat bahawa Aku telah memberitahu kepada kalian setiap harinya lima kali.”

4. Seruan keempat, “Hayya ‘alassolah” mempunyai makna, “Sungguh Allah telah menegakkan solat bagi kalian, maka tegakkanlah solat olehmu.”

5. Seruan kelima, “Hayya ‘alal-falah” mempunyai makna, “Masuklah kalian dalam rahmat dan peganglah petunjuk bagimu.”

6. Seruan keenam, “Allahu akbar” mempunyai makna, “Segala pekerjaan (urusan duniawi) terlarang bagimu, sebelum melaksanakan solat.”

7. Seruan ketujuh, “La ilaha illallah” mempunyai makna, “Inilah amanat tujuh lapisan bumi dan langit, sudah berada di bahumu, maka terserah kepada kalian akan dilaksanakan atau tidak.”

Dikutip Dari Buku Jejak Langkah Mengenal Allah

Moga memberi manafaat kepada orang-orang yang mencari pertunjuk Allah….Amin


Israk dan Mikraj


Daripada Anas bin Malik R. A :

Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi. Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi. Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah. Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab : Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan. Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s. meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab:Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab:Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya:Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t :Yang bermaksud: “Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya”. Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya; Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Haron a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab :Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya : Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab : Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya. Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan sembahyang lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s ia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Sembahyang lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu sembahyang dari baginda. Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu sembahyang dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad!, Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap sembahyang fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu sembahyang fardu sama dengan lima puluh sembahyang fardu. Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu aku memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya”

Riwayat Muslim


Solat Dalam Keadaan Mengantuk

Hadith :

Diriwayatkan dari Anas r.a :” Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :
” Apabila seseorang mengantuk ketika sedang mengerjakan solat hendaklah ia tidur terlebih dahulu hingga ia mengerti apa yang ia katakan (atau ia bacakan)”.

(al-Bukhari)

Huraian
Jika kita merasa sangat mengantuk dan letih eloklah sekiranya kita baring seketika. Selepas itu bangun dan ambillah wudhu’ dan tunaikan solat. Ingat! Jangan terus tertidur. Sebenarnya seseorang itu hendaklah bersembahyang dengan kekuatan yang ada pada dirinya. Tidak secara terpaksa hingga tidak sedar tentang bacaan dalam solat mahupun bilangan rakaat yang telah dikerjakan. Solat seperti ini boleh membawa kepada batal. Malah adalah lebih baik sekiranya setiap kali merasa mengantuk kita memperbaharui wudhu’ semula kerana dengan cara membasuh muka dan mengenakan air kepada anggota tubuh itu akan dapat menyegarkan semula badan kita dan kita menjadi bersemangat untuk mengerjakan solat.