Tazkirah Buat Saudara-saudaraku

"Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman"


Mimpi Rasulullah S.A.W

Mimpi adalah sesuatu yang sering dialami oleh setiap manusia terutamanya di waktu sedang tidur. Adakala mimpi itu buruk dan ada pula yang baik. Apabila bermimpi sesuatu yang baik seperti sedang membaca Al-Quran,solat, disanjung orang dan seumpamanya, ucapkanlah syukur dan memuji Tuhan. Sebaliknya jika ia mengerikan dan menakutkan sehingga membuat kita keluh kesah, segeralah mengucap istighfar dan memohon keampunan kepada Allah SWT.
Teruskan membaca

Advertisements


Ajalku akan tiba jua…Alfatihah untuk sahabatku

Guru, menantu lemas

Oleh Abdul Halim Yusoff
halem@bharian.com.my


Ust Che Salim, Ust Manan sedang mengusung jenazah sahabatnya…

Percutian tujuh sekeluarga di Rantau Abang bertukar tragedi

DUNGUN: Kegembiraan keluarga seorang guru dari Johor bercuti di Rantau Abang, dekat sini bertukar tragedi apabila beliau dan menantunya lemas ketika mandi laut, pagi semalam.
Teruskan membaca


Ingatlah akan mati

Mati adalah sesuatu perkataan yang paling ditakuti oleh hampir setiap manusia. Setiap orang, juga binatang takut mati, kecuali beberapa manusia yang sudah putus asa dalam kehidupan ini, yang ingin segera mati.Wajar sekali kalau manusia takut mati, sebab mati bererti berpisah dengan segala yang ia miliki atau senangi, berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Berpisah dengan anak dan isteri serta kekasih. Berpisah dengan bapa atau ibu, berpisah dengan harta dan pangkat, berpisah dengan dunia dan segala isinya.
Teruskan membaca


Hindarilah Kemungkaran

Seorang pemandu kenderaan yang cermat pasti menjaga ciri-ciri keselamatan, bukan sekadar memandu dengan berhati-hati dan mematuhi peraturan jalan raya, malah dia juga tidak lupa meneliti kenderaan sebelum memandunya. Sekalipun enjin dalam keadaan baik, namun mereka belum boleh berpuas hati sebelum meneliti lain-lain peralatan penting. Di antara perkara utama ialah mempastikan sama ada brek dalam keadaan baik, kerana brek merupakan perkara utama untuk menjamin keselamatan di jalan raya.
Teruskan membaca