Tazkirah Buat Saudara-saudaraku

"Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman"

Kelebihan menjamu orang berbuka puasa


Seputar Ramadhan, banyak kelebihan menjamu orang di bulan ini seperti diriwayatkan :

Daripada Zaid bin Khalid al-]uhani RA daripada Rasulullah SAW sabdanya:

“Sesiapa yang menjamu makanan berbuka kepada orang yang berpuasa, maka dia akan memperolehi pahala seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa dikurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu.”

(Hadis riwayat Imam Tirmidzi bertaraf hadis hasan shahih)

Daripada Ummu Umarah al-Ansariyah RA bahawasanya Rasulullah SAW masuk di tempatnya, lalu dihidangkan sesuatu makanan kepada Baginda SAW. Kemudian Rasulullah SAW bersabda: “Makanlah!” Ummu Umarah berkata: “Sesungguhnya saya berpuasa.” Rasulullah s.a.w. lalu bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa itu dimohonkan kerahmatan oleh para malaikat apabila ada orang yang makan makanan di sisinya – yakni di tempatnya orang yang berpuasa tadi, sehingga mereka selesai.” Mungkin maksud Rasulullah SAW : “Sampai orang itu kenyang.”

(Hadis riwayat Imam Tirmidzi bertaraf hadis hasan)

Daripada Anas RA bahwasanya Nabi SAW datang kepada Sa’ad bin Ubadah RA lalu Sa’ad menghidangkan roti dan minyak. Kemudian Baginda SAW pun makan. Setelah selesai Baginda SAW mengucapkan doa:

Maksudnya: “Orang yang berpuasa telah berbuka di tempatmu dan orang yang berbakti telah makan makananmu dan para malaikat memohonkan kerahmatan atasmu.”

Hadis riwayat Imam Abu Dawud dengan isnad sahih

Komentar ditutup.