Tazkirah Buat Saudara-saudaraku

"Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman"

Skim “taawon” : Sedekah Yang Fasid

14 Komen


Saudara-saudaraku yang mencari harta dunia sekelian…

“Taawon” dalam bahasa Arab bermaksud bantu membantu atau tolong menolong. Bantu-membantu amat dituntut Islam bukan saja di kalangan sesama Islam bahkan di kalangan bukan Islam. Bahkan bukan di kalangan manusia saja kita juga digalakkan saling berusaha tolong-menolong terhadap makhluk-makhluk lain seperti kucing kemalangan, anjing kelaparan dan sebagainya. Semuanya akan diberi pahala oleh Allah Taala.

Firman Allah Taala dalam Surah Al-Maidah : Ayat 2..

وَتَعَاوَنُواْ عَلَى الْبرِّ وَالتَّقْوَى وَلاَ تَعَاوَنُواْ عَلَى الإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Yang bermaksud : “Bertolong-tolonganlah kamu untuk kebaikan dan ketakwaan dan janganlah kamu bertolong-tolongan untuk melakukan dosa dan permusuhan, dan bertakwalah kamu kepada Allah sesungguhnya Allah sangat dahsyat balasannya”.

Ayat di atas sangat menggalakkan kita tolong menolong atau bantu membantu ke arah kebaikan dan ketakwaan. Konsep membantu itu janganlah disalahgunakan sehingga membawa kepada dosa.

Apa kaitan dengan “skim taawon”, dipanggil juga “skim bantu-membantu” atau apa saja namanya yang sama konsepnya?

Hukum kutu wang pos dari sudut fiqh Islam

Program kutu secara wang pos sudah agak menular dan popular pada masa ini. Mereka yang berhadapan dengan masalah kewangan melihat program ini dapat membantu menyelesaikan kemelut kewangan mereka.

Bagi pihak yang berwang pula, berhasrat untuk membantu sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang berada dalam kesusahan dengan menamakan mereka sebagai penerima wang pos berkenaan.

Persoalannya, adakah program ini berjalan tanpa terdapat apa-apa unsur haram sehingga program ini benar-benar menjamin kebaikan sebagaimana yang dijanjikan. Tetapi jika program ini mengandungi unsur-unsur haram, maka kegelapan dan kerugian pastinya akan menemui peserta-pesertanya atau sebahagian daripada peserta-pesertanya.

Unsur-unsur haram yang dapat dikesan

Setelah meneliti perjalanan beberapa bentuk program wang pos, didapati ia mengandungi beberapa unsur haram. Antaranya:

1.�Unsur Gharar

Jika dikaji berkenaan program ini didapati asas kepada pembinaan dan perjalannya adalah ‘auto placement’ yang menjadikan orang bawah atau peserta baru mangsa yang tidak mendapat apa-apa pulangan apabila program ‘auto placement’ ini berhenti berpusing.

Oleh itu, setiap yang menjadi peserta yang peringkat awalnya mengharapkan pulangan apabila sampai gilirannya kehilangan wang apabila program ini terhenti.

Setiap sesuatu pastinya ada permulaan dan pastinya juga ada titik penamatnya. Pada waktu tersebut, pastinya sesiapa yang masih berada di bawah akan menjadi mangsa apabila wangnya diperolehi oleh orang atasan sedangkan orang bawahannya belum wujud.

Gharar yang terdapat disini ialah gharar fil husul (tidak tentu dapat) dan gharar fil miqdar (tidak tentu kadar).

2.�Riba

Program ini sebenarnya bersifat ‘money game’ yang mendedahkan pesertanya kepada riba. Ini kerana, setiap yang menyertai program ini atau sebahagiannya berhasrat mendapatkan pulangan.

Jika ia menaja dengan mengeluarkan wang sebanyak RM100, maka ia mengharapkan pulangan lebih.

Jika ia benar-benar mendapat pulangan yang lebih banyak, maka ia adalah riba kerana tiada transaksi perniagaan atau khidmat di dalam program ini.

3.�Judi

Dalam program ini terdapat unsur judi kerana sepastinya ada pihak yang mendapat untung dan ada pihak yang pasti mengalami kerugian.

Untung dan rugi ini boleh berlaku apabila program ini berhenti. Jika ia berlaku, maka mereka yang berada di line atas akan mendapat keuntungan manakala mereka yang berada di line bawah mendapat kerugian.�

Beberapa jawapan kepada kekeliruan

Mereka yang menyertai program ini melihat ia adalah harus dari sudut syariat dengan alasan-alasan berikut:

1.�Sumbangan atas alasan hibah

Antara alasan yang sangat luas dijadikan hujah membolehkan ialah sumbangan setiap peserta adalah hibah.

Sebenarnya alasan ini adalah alasan yang tidak boleh diterima syariat kerana hibah tidak mensyaratkan keuntungan dan tidak mensyaratkan pulangan.

Tetapi program ini jelas berbentuk permainan wang (money game) dalam bentuk pusingan ‘auto placement’.

Justeru itu, hibah bersyarat jika tidak kena caranya boleh menjerumuskan kepada riba sebagaimana sabda Nabi�Muhammad s.a.w. yang maksudnya: “Setiap pinjaman yang mensyaratkan manfaat (faedah) adalah riba.”

Pada masa yang sama bayaran yang dianggap hibah tersebut adalah dalam bentuk tetap dan dijanjikan pulangan sebagaimana dalam iklan yang disiarkan.

Maka setiap transaksi syariat bukan dilihat kepada lafaz dan binaan kalimah tetapi ia melihat kepada hakikat dan perjalanannya.

Kaedah fiqh menyebut yang bermaksudnya: “Yang diambil kira pada akad transaksi ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan susunan kalimat.”

2.�Sumbangan mestilah ikhlas membantu.

Alasan kedua yang biasa digunakan ialah sumbangan itu ikhlas membantu sahabat-sahabat seagama yang susah.

Menurut syariat, apabila sesuatu transaksi di dapati haram, maka ikhlas tidak akan merubahnya menjadi halal. Sebagaimana tiga orang berjudi dan setiap seseorang mempertaruhkan wang RM10. Sekalipun setiap seseorang berniat derma ikhlas untuk si pemenang ia tetap haram kerana ia adalah judi dan ikhlas tersebut tidak boleh mengharuskan perkara yang haram.

Ikhlas atau lebih tepat tidak dipaksa adalah syarat sah jual beli dan segala jenis transaksi yang harus. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa� ayat 29 yang maksudnya: “Melainkan ia adalah perniagaan yang berlaku secara reda meredai antara kamu.”

Ayat ini menunjukkan reda dan ikhlas menyertai perniagaan yang halal, bukan menjadi syarat sah kepada transaksi yang haram.

3.�Kias kepada belanja kawan makan atau minum di kedai.

Kias tersebut adalah kias yang salah kerana ia mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Antaranya, belanja kawan di kedai makan tidak melibatkan pusingan wang. Dalam program ini ia melibatkan wang dengan wang yang sepastinya mendedahkan kepada riba. Tambahan pula setiap pesertanya disyaratkan menaja dan ditaja.

Penutup dan kesimpulan

Sememangnya setiap transaksi hukum asalnya adalah harus sehinggalah ia dicemari oleh unsur-unsur haram.

Setelah diteliti program wang pos ini, didapati program ini adalah haram disebabkan unsur-unsur yang disenaraikan di atas.

Justeru itu, umat islam digesa supaya tidak terlibat dengan program ini kerana ia membazirkan wang disamping keharaman yang disebutkan.- tajdid _

Sumber :
Majlis Perundingan Dan Penyelidikan Hukum (MPPH), Dewan Ulama Pemuda Pas

Sila rujuk juga :
Program Kutu Wang Pos
Status Program Derma Wang Pos
Skim Derma Pelik Haram
MINGGU ini saya mahu berkongsi persoalan yang kerap diperbincang dan ditanya kepada saya akhir-akhir ini iaitu berkaitan skim atau program yang didakwa sebagai derma atau bantu membantu namun disusun serta diselia oleh satu pihak supaya derma disampaikan (biasanya melalui wang pos) dapat dirasai sesiapa yang menyertai skim terbabit.

Saya petik satu soalan daripada e-mel yang saya terima: “Saya nak tanya mengenai satu pelaburan berbentuk piramid. Baru-baru ini saya ada masuk, modalnya cuma RM30. Caranya ialah dengan membeli wang pos berjumlah RM5 setiap satu dengan jumlah keseluruhan enam keping.

“Setiap satu hendaklah ditulis dengan nama si penerima ‘di atas’ kita dan ia sumbangan ikhlas daripada kita. Kemudian selepas nama kita tersenarai, kita mencari ahli baru pula di bawah dan giliran kita pula mendapat sumbangan RM5 daripada ahli terbabit.

“Dalam masa sebulan berbelas-belas keping wang pos diterima berjumlah ratusan ringgit. Soalannya, apakah hukum menerima duit terbabit? Pelaburannya cuma RM30 tetapi pulangannya lumayan. Ia juga ada kalanya dinamakan sebagai ta’awun atau tolong menolong.”

Selepas membaca pertanyaan itu, jelas kepada saya bahawa ia pelaburan yang tidak halal di sisi Islam. Ia juga bukan pelaburan. Ini kerana rukun pelaburan Islam di bawah konsep mudarabah dan musharakah adalah:

1. Wang pelaburan dalam jumlah tepat dan diketahui.

2. Pelabur.

3. Pengusaha.

4. Perniagaan yang halal/pekerjaannya.

Antara syarat sahnya pula:

1. Nisbah pembahagian keuntungan yang dipersetujui bersama.

2. Tiada jaminan modal selamat.

3. Tiada jaminan untung tertentu atau tidak tertentu.

Jika dilihat, satu daripada rukun dalam pelaburan Islam atas asas mudarabah dan musharakah adalah ia mesti mempunyai satu perniagaan halal serta terbuka kepada untung dan rugi.

Dalam kes yang dirujuk di atas, wang pelabur (peserta iaitu dalam bentuk wang pos itu) adalah untuk melabur dalam perniagaan yang tiada ketentuan, malah pelaburan itu pula dianggap sumber mendapat untung atau dalam kata lain, ‘pelaburan’ atau duit penyertaan terkumpul itu dianggap juga keuntungannya.

Lalu di manakah perniagaannya sebagaimana yang disyaratkan? Apa produknya? Mana pula jumlah pembahagian keuntungan? Maka ini jelas tidak menepati rukun pelaburan dalam Islam.

Menjual pusingan ahli yang menyertai dan skim piramid adalah tidak diterima oleh Islam walaupun ia cuba berselindung di sebalik nama ‘ta’awun’ (kerjasama), sedekah, tolong menolong dan sebagainya.

ELEMEN RIBA

Selain itu proses ini mempunyai elemen riba di dalamnya. Ini kerana setiap pihak yang ‘menderma’ memasuki sistem dengan niat, harapan serta janji oleh pihak pengurusan bahawa mereka mendapat derma berbentuk wang dengan nilai lebih banyak daripada apa yang diberinya.

Di dalam Fiqh Islam, seseorang yang menderma tidak boleh mensyaratkan kepada penerima atau mana-mana pengurus sistem untuk mengembalikan sejumlah wang semula kepadanya, khususnya yang lebih besar.

Jika ini berlaku, sifat hadiah tadi akan berubah daripada hadiah yang biasa kepada ‘hibah at-thawab’ atau ‘hadiah bersyarat pulangan’ (hibah bisyarti ‘iwad) yang mana keadaan ini akan mengubah sifat kontrak asal derma iaitu ‘tabarru’at’ kepada sifat jual-beli iaitu ‘mu’awadah maliah’.

Apabila ia berubah menjadi sifat jual-beli, Islam mengharamkan pertukaran wang dengan wang yang berbeza nilainya dan bertangguh pula.

Selain itu sifat jual-beli mewajibkan semua rukun dan syaratnya ditepati dan jelas seperti produk perniagaan, tempoh, nilai, pihak yang melakukan transaksi dan lain-lain.

Dalam program derma wang pos ini, banyak maklumat penting tidak diketahui, seperti bila tempoh dapat semula wang, berapa nilainya, siapa pihak di sebelah sana yang berurusan dengannya dan banyak lagi.

Hasil daripada itu, konsep ta’awun atau bantu membantu melalui sistem wang pos piramid ini tergolong dalam kategori yang bermasalah daripada sudut rukun jual-beli dan juga jatuh dalam kategori riba.

ELEMEN JUDI, GHARAR DAN MAKAN HARTA SECARA BATIL

Selain riba atau subahat riba, program ini mempunyai elemen judi kerana peserta tidak pasti wang yang diderma mampu membawa pulangan lebih banyak atau tidak di kemudian hari.

Namun harapannya sentiasa berkobar-kobar untuk mendapat ‘derma’ lebih banyak. Tatkala itu definisi judi, spekulasi dan gharar, ketiga-tiganya wujud dalam permainan terbabit.

Berdasarkan huraian sahabat besar, Ibn Abbas RA ketika menghuraikan ayat surah An-Nisa ayat 29: “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama suka di antara kamu.

“Dan janganlah kamu membunuh dirimu, sesungguhnya Allah SWT adalah maha penyayang kepadamu.”

Beliau mentafsirkan satu daripada maksud makan harta secara batil, palsu dan tidak sahit adalah “mengambil harta tanpa sebarang balasan kerja yang setimpal.” (rujuk Tafsir at-Tabari, Ar-Razi)

Selain itu ada juga athar yang disandarkan kepada Ibn Abbas RA, di mana beliau berkata: “Riba adalah setiap hadiah yang mensyarat pulangan lebih besar dari pemberiannya.” (Al-Jami’ fi Usul al-Riba)

Imam Fakhruddin Ar-Razi menambah penjelasan di dalam kitab tafsirnya dengan berkata: “Sesungguhnya riba bererti mengambil harta manusia tanpa sebarang timbal kerja atau nilai, sebagaimana seseorang yang menjual satu wang dirham dengan mengambil dua dirham, si penjual memperoleh tambahan satu dirham tanpa sebarang perantara kerja dan nilai tambah.” (rujuk Tafsir Al-Kabir dalam tafsir ayat 29 surah An-Nisa)

Maka, itulah sifat program derma wang pos yang jelas jatuh dalam erti mengambil harta orang lain tanpa kerja dan pemberian setimpal.

Justeru, jelas program terbabit yang berselindung di sebalik istilah ‘derma’ itu sama dengan tabiat riba iaitu wang dipaksa melahirkan wang lain tanpa sebarang perantara aset dan kerja yang menambah nilai kepada ekonomi setempat.

Itu berlaku apabila wang diderma dan mengharap pulangan derma daripada yang lain kepadanya. Apakah nilai pertumbuhan yang dihasilkan selain menambah ketamakan dan menghilangkan pahala daripada sesebuah derma?

Bukankah itu sama saja dengan sifat riba? Sama seperti meminjamkan wang dan menerima pulangan lebih daripadanya tanpa sebarang kerja setimpal dan tiada pula aset diniagakan.

Ringkasnya, sistem derma wang pos atas apa juga nama yang digunakan adalah sama seperti sistem piramid yang mengambil keuntungan di atas jumlah peserta yang menyertainya.

Sumber :
Ust Zaharuddin Abd. Rahman
http://www.hmetro.com.my
25/10/2009

Semoga kita semua mendapat hidayat petunjuk dari Allah dan sentiasa menuju keredhaannya….amin

14 thoughts on “Skim “taawon” : Sedekah Yang Fasid

  1. bukan mrh..bkn mcm-mcm tapi rasa pelik je bila blh ckp arab blh taksir kitab doh mula wat fatwa haram halalnya jadi rasa pelik ning riba gok ke ust…yg wat pelik-pelik ning siapa utz??? tuhan doh sempurnakan semua kerja nya tapi knp org-org yang dok pakai kopiah pakai serban tu wat kelirukan org ramai kenapa???kalu nok dihalusi semua pekerjaan dimuka bumi ni semua nya riba…camne tu ustz…ustz kata dapt sumbangan pelik riba doh kalu rasa pelik dgn kata-kata org tu riba gok le ustz…silaa jelaskan

    abyelsyam : pelik..amende entah…! Ayatnya macam tak puas hati…Ana x nak komen banyak…terpulang kepada diri yg terlibat dengan “taawon” tu…tepuk dada tanya selera…kalau rasa nak yang tuhan larang, ambik…klo x nak, baguslah. Macam solat jgak agaknya. Ada orang solat, kalo x solat rasa dosa. Ada yg x solat.., sebab dia rasa x berdosa…cam tulah kot. Kalau x nak ikut cakap orang yang berilmu, x nak percaya dengan orang berilmu, tanya Nabi sendirilah….tepon ke..jumpa dia ke…

  2. kembali kpd program2 yang ada/yg tlh berjalan tu, tu satu cara membantu menigkatkan ekonomi/membentaras kemiskinan org melayu jadi kenapa kita dok persoalkan haram halalnya mcm gok daging babi kalu doh habis ikhtiar dihalalkan camna tu??

    sumbangan pelik/pendapatan yg diperolehi dri sumber yg (harta karun) camne lak tu??? bagi mengatasinya agar bersih byr je zakat, zakat dari sumbangan pelik/pendapatan pelik, kenapa ustz /org berjubah ni duk cari jln nok kelirukan org ramai???? baru lah saya faham kenapa Allah mengatakan nerakawil bagi org sembahyang??? wallahualam…..

    abyelsyam: Pejuang Melayu dengan Pejuang Islam punya prinsip berbeza….Pejuang cina pun cakap itu macam, Pejuang Yahudi pun itu macam la…Pejuang Islam memperjuangkan Quran dan Sunnah. Pejuang Melayu memperjuangkan Kitab Ekonomi? ….dosa makan riba sangat dahsyat dari dosa makan babi! Tapi dua2 adalah dosa besar, Neraka Wil tu untuk orang lalai/lagha dalam solat…bukan sebab pakai jubah…wallahu aklam

    • niat tak menghalalkan cara. Kenapa orang yang kurang ilmu suka menempelak orang yang lebih ilmunya. Kaji la dulu. Jangan buat komen ikut sedap hati aje tanpa ilmu. Riba tu larangan. Dan ciri-ciri riba tu tak pernah berubah dari zaman ajaran nabi lagi. Jangan sebab nak penuhkan poket sendiri yang haram jadi halal atas sebab terdesak. Rendahnya martabat orang Melayu nak atasi kemiskinan dengan cara mintak welfare (sumbangan). Tak malu ke?

  3. Dalam mentafsir dan memberi pandangan jgn sesekali bias. Betul-betul jadi orang tengah dan jujur. Kemukakan yang hak….jagn sesekali kita tahu dan ada ilmu kita terus menghukum. Belum tentu apa yg kita tahu itu benar-benar tahu…ilmu tiada batasan. Tapi jgan disebabkan kita berkehendakan sesuatu itu, kita anggap semua itu halal….maka dapat kita lihat bahawa ramai yang masih merokok…apakah hukum merokok….inipun tak selesai……

  4. Pandangan saya dunia zaman sekarang nie ada banyak yang tak betul dan bercanggah dengan Islam, ada baiknya kita rujuk kepada mereka yang lebih arif dalam soal hukum hakam barulah kita selamat dunia akhirat. Bukankah mencari yang halal itu kewajipan bagi umat Islam, kalau dah tahu perkara tu haram maka tinggalkanlah dan kalau tidak haram selamat dan boleh diteruskan. Itu jer buat apa susah2 nak tanya itu dan ini yang penting dari segi hukumnya mcm mana lepas ke tidak.

    Wallahu aklam…

  5. nak crita halal haram kena pegi settle dulu magnum,kuda,toto,genting highland…kan namanya pro bantu membantu.kan perkara yang baik, bukannya mengajak kepada mencuri membunuh berjudi…..

    abyelsyam: ana “takut” berkawan ngan ust z tu…

  6. nak duit usaha la

  7. sila berkunjung ke Program Hibah Malaysiua di FaceBook untuk meneruskan polemik dan diskusi umum mengenai isu halal dan haram program hibah yang dilaksanakan — http://www.facebook.com/group.php?gid=197245357490

    abyelsyam: Jangan jual agama kerana wang/kemewahan wahai saudara-saudaraku…jangan salah faham tentang hibah tu..jangan rumah siap tukul baru berbunyi…
    “Hibah tidak diberi secara tetap” untuk setiap jangkamasa tertentu, bahkan mengikut kadar tertentu berdasarkan keuntungan semasa. Jika ia berkadar tetap itu dah konfim termasuk dalam riba nasiah…
    yang baik ana jadikan sempadan…

    Ingatlah satu hadis (ini banyak dibincangkan-sila cari):

    Setiap pinjaman yang menjanjikan manfaat adalah riba
    wallahu a’lam…

  8. Kita ni kalau cakap dari segi ilmiah pulak..saya rasa lebih baiklah kita berusaha di dalam mencari kekayaan atau kejayaan..Allah pun suruh kita berusaha bukan duduk saje dapat habuan. Lagi pun kalau kite tengok orang yang berjaya di dunia ni..kisah mereka di dalam meniti kejayaan bermula dengan kepayahan..bukan senang nak jadi senang!!!!lagi pun cuba tunjukkan siapakah orang yang telah berjaya setakat ini didalam program cari duit mudah ini.Di mana Pak Man Telo Skrg????Apa jadi dgn Buluhmas????semua ni retorik saje.Ada kita pernah dengar org cina buat program macam ni???Mengapa mereka lebih berjaya. Nilah sikap org melayu yang tak pernah berubah.sbb tu bacalah Malay dilemma karangan Dr Mahathir……Wallahuaklam

  9. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
    Hamba bukan orang yang cerdik pandai dalam agama dari sudut fiqh. Hamba terjebak dalam banyak hal seumpama ini. MLM, kutu wang pos, money game dan seumpamanya. Hamba gagal kesemuanya. Hamba bertanya kepada yang cerdik pandai. Ada seorang ustaz yang beritahu hamba. Kaji dulu sebab apa Allah tidak memberi kita kejayaan dalam program yang kita sertai. Niat hamba baik. Jika berjaya hamba akan tolong keluarga hamba. Tetapi niat yang baik Allah tidak makbulkan juga. Hamba cari lagi sebabnya. Mungkin solat hamba tidak sempurna. Jadi hamba cuba perbaiki. Sekarang ni hamba berusaha dengan tulang empat kerat hamba. Jadi, untuk berjaya kena berusaha dengan cara yang diredhai dan BUKANNYA dengan cara yang mudah, yang mengharap saja dari DOWNLINE! Ada faham! Ada orang yang cerdik pandai, ikut katanya. Yang tak ikut itu, adalah orang yang belum berjaya dengan program tersebut atau dah berjaya, masih perlukan lagi sebab TAMAK! Dalil dan alasan dah cukup diberi. Hamba hanya ingat mengingati sesama saudara ISLAM.

  10. Salam,bagus juga bincang pasal ni.Alhamdulillah ramai yang peka.Drp respond tu sy nmpk ada yg extrem,xpa lah tu ,cam Pas dan BN juga,Kalau xde Pas tentu majoriti yg x dtg masa budget belanjawan tu x jd masalah,senang hati banyak BN.OKlah kalau berdebat rasanya x habis,tapi saya cadangkan disini Pusat Pungutan Zakat boleh wat servey kenapa masyarakat kita yang Islam khususnya terpaksa cari alternatif utk tambah pendapatan?Kenapa collection Zakat berjuta-juta tak digunakan untuk bantu masyarakat Islam,sehingga tiap tahun ada lebihan yg juga juta-juta?Kenapa “bersamamu -TV3″yg wat kerja.Fikir-fikirlah…

  11. assalamualaikum semua…..disini, saya adalah sorang insan yang kekurangan ilmu yang mencari-cari kebenaran di sebalik haram halal wang pos ini dan Alhamdulillah forum ini sangat membantu saya sebelum terjebak dengan program wang pos ini…sebenarnye, ape yang dihujahkan dalam forum ni sangatlah penting untuk kite tahu…dan janganlah kite tolak mentah-mentah semua hukum Allah dan garis panduan yang telah diberikan…..dan jika sesiapa yang telah terlibat secara x langsung dengan program-program yang ada unsur syubhah…lebih baik ditinggalkan untuk menjamin masa depan dunia dan akhirat…janganlah bercakap mengikut emosi kerana anda telah mnyertai program duit pos ni…tapi fikirlah sebagai seorang muslim….jika anda sudah terjebak dengan program seperti ini….sesungguhnya, anda adalah tergolong didalam golongan yang dimaafkan kerana anda tidak tahu tentang hukum wang pos ini…dan selepas anda membaca forum ni dan masih mengaggap bahawa anda tetap benar…anda hendaklah menanggung dosa anda kerana anda sudah mngetahui kebenaran…akan tetapi…anda menolak kebenaran demi menegakkan yang batil…dalam dunia ni…banyak jenis perniagaan yang anda boleh lakukan dengan usaha…fikir2kanlah wahai sahabat sekalian…terima kasih kepada pemilik forum ini kerana telah memberikan saya ilmu sedikit sebnyak tentang hukum-hukum program wang pos ni..berfikirlah sebagai seorang muslim yang ingin mendapat keredhaan Allah…bukan kepentingan anda sebagai seorang ahli program kutu wang pos.

  12. kepada Miey…jangan salahkan mana-mana pihak atas kedaifan keluarga melayu di Malaysia ni…bantuan zakat ade nisbah-nisbah pemberian yang layak bergantung pada keadaan hidup sesuatu keluarga…namun, dah menjadi budaya melayu hanya untuk disuap dan dibantu….bahkan, Allah mengurniakan tulang empat kerat yang sama seperti orang lain dan akal fikiran yang waras…gunakanlah sebaik-baiknya pemberian tuhan untuk mencari rezeki yang halal dan diredhai disisi Allah…melainkan orang-orang yang kurang upaya dan sangat memerlukan bantuan…adalah menjadi tanggungjawab kite sesama muslim meringankan beban muslim lain yg tidak berkemampuan seperti cacat anggota dan buta…bukan muslim yang cukup sifat tulang empat kerat fizikal dan mental yang tidak mahu berusaha untuk mendapat kan rezki dimuka bumi Allah….

  13. baru td aku dgr program nie…bajet mmg dah nk masuk…tp dah baca semua salah n bahayanya program nie bt aku jd takut…btl ke semu tu???riba!!!aku pn kureng dlm bab agama nie…plz

    abyelsyam:
    Ana dah menyampaikan yang fardhu kifayah…nak beramal ke, tak nak beramal ke…terpulang pada diri masing-masing…sesal dulu pendapatan, sesal di akhirat tiada guna…wallahu a’lam..