Tazkirah Buat Saudara-saudaraku

"Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman"


Berzikirlah setiap masa

Saudara-saudaraku yang dirahmati Allah….

Di bulan Ramadhan yang penuh dengan ganjaran pahala ini….mari kita merenung firman Allah Taala :

“Hai orang orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan, bertasbihlah kepadaKu di waktu pagi dan petang.”

(QS Al-Ahzab [33]: 41-42)

Teruskan membaca

Advertisements


Banyak kebajikan di dunia, senang di akhirat

Rasulullah bersabda bermaksud:

“Berbahagialah hidup di dunia bagi orang yang mengumpul kebajikan untuk bekalan hari akhiratnya, sehingga dia memperoleh redha Tuhannya. Dan celakalah hidup di dunia bagi orang yang dipengaruhi oleh dunia, hingga dia terhalang daripada mengerjakan amalan untuk akhiratnya, dan lalai untuk memperoleh redha Tuhannya.”

Hadis riwayat al-Hakim.

Saudara-saudaraku sekelian yang membaca….

Allah menjanjikan walau sekecil manapun kebajikan yang kita kerjakan di dunia ini kita akan dapat melihat hasilnya di akhirat kelak. Marilah bersama-sama berlumba membuat kebajikan di dunia sementara kita hidup dan sihat sebelum sakit, di masa kita masih berada sebelum tidak ada apa-apa yang mampu dibuat. Terlampau banyak bentuk kebajikan dan kebaikan yang boleh dilaksanakan bukan sahaja di antara manusia bahkan juga di antara makhluk-makhluk Allah yang lain seperti binatang yang kelaparan dan kesempitan, parit, longkang yang tersekat dengan kotoran dan halangan hatta yang remeh temeh sekalipun yang mendatangkan kebaikan kepada makhluk Allah termasuk manusia pasti dibalas ganjaran pahala oleh Allah di akhirat kelak. Wallahu a;lam


Puasa; Syafaat di Akhirat

Sabda Rasulullah s.a.w :

“Puasa dan Al-Qur’an itu akan memberikan syafaat kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalangi-nya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa ‘at untuknya.’ Sedangkan Al-Qur’an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dan tidur di malam hari, maka perkenankan aku memberikan syafaat untuknya. ‘Maka Allah memperkenankan keduanya memberikan syafaat. ”

(Riwayat Imam Ahmad dan Thabrani)

Wahai ikhwanul muslimin,

Sesiapa yang menginginkan pertolongan Allah di Hari Akhirat nanti berpuasalah bersungguh-sungguh dengan penuh keimanan dan mencari keredhaan Allah. Seperti janji Rasulullah s.a.w, puasa akan memberi syafaat kepada tuannya…..wallahu a’lam

Ya Allah ya Tuhan kami terimalah ibadat-ibadat kami…….amin


Zikir penghapus dosa

Hadis daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata :

Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membaca:

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

dalam sehari sebanyak seratus kali, nescaya dia mendapat pahala sebagaimana memerdekakan sepuluh orang hamba. Dia juga diampunkan seratus kejahatan, dibuat untuknya benteng sebagai pelindung dari syaitan pada hari tersebut hingga ke petang. Tidak diganjarkan kepada orang lain lebih baik daripadanya kecuali orang tersebut melakukan amalan lebih banyak daripadanya. Manakala mereka yang berkata:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ

dalam sehari sebanyak seratus kali nescaya terhapuslah segala dosanya sekalipun dosanya itu banyak seperti buih di lautan

(Riwayat Imam Muslim)

Jum kita beramal….lillahi Taala


Pahala Solat

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Bahawasanya seseorang yang selesai daripada sembahyangnya itu ada yang ditulis baginya (pahala sekadar) satu persepuluh sembahyang, satu persembilan sembahyang, satu perlapan, satu pertujuh, satu perenam, satu perlima, satu perempat, satu pertiga, dan satu perdua (separuh)”

(Riwayat Abu Daud).

Pengajaran:

Pahala solat (sembahyang) amat besar.

Namun demikian, pahala solat adalah mengikut sekadar mana khusyuk dan ikhlasnya seseorang itu kepada Allah S.W.T.

Oleh yang demikian, kita hendaklah sentiasa khusyuk dan ikhlas kepada Allah S.W.T. dalam menunaikan solat.