Tazkirah Buat Saudara-saudaraku

"Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman"

Negeri-negeri di Pantai Barat banyak korban H1N1


KUALA LUMPUR – Jika anda berada di Johor, Selangor dan Melaka, anda harus lebih berwaspada khususnya di tempat-tempat awam kerana ketiga-tiga negeri itu mempunyai lebih separuh daripada 44 korban kes selesema babi atau H1N1 di Malaysia.

Setakat semalam, bilangan korban H1N1 di Johor sudah 10 orang diikuti Selangor (tujuh) dan Melaka (enam).

Angka korban yang banyak turut dilaporkan di Perak iaitu lima kes manakala Sarawak dan Kuala Lumpur masing-masing mempunyai empat korban.

Namun, statistik pesakit H1N1 yang diperoleh dari Kementerian Kesihatan mendapati tiga negeri iaitu Perlis, Kelantan dan Terengganu setakat ini tidak mempunyai korban wabak.

Sebagai perbandingan, dua negara jiran terdekat iaitu Thailand setakat kelmarin mencatatkan 97 korban manakala Singapura pula 10 kematian.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memberitahu, enam lagi kematian direkodkan semalam membabitkan pesakit yang mendapatkan rawatan dari tempoh 6 hingga 9 Ogos lalu.

“Empat kes didapati mempunyai faktor risiko sama ada diabetis, hipertensi, penyakit jantung atau obesiti,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya semalam.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0813&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Komentar ditutup.