Tazkirah Buat Saudara-saudaraku

"Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman"

NASA mau bom bulan: Betul ke?



SIMPANLAH GAMBAR INI

NASA mahu bom bulan

Buat ujian di angkasa lepas bagi hasilkan air, wap

FLORIDA: Saintis di Pentadbiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA) bersedia melancarkan satu misi ke bulan dari Cape Canaveral membawa peluru berpandu untuk dibedil bagi menghasilkan lubang yang dalam, lapor akhbar, semalam.

Letupan itu satu ujian untuk melihat sama ada ia dapat menghasilkan air di atmosfera planet itu. NASA akan meneliti awan di bulan selepas ujian dilakukan bagi melihat sama ada air atau wap terhasil, kata The Telegraph.

Saintis menjangka impak letupan besar itu boleh menghasilkan satu awam besar mengandungi debu, gas dan wap ais bercampur air yang mampu dilihat dari bumi.

Jika ujian itu berjaya, kewujudan air akan membantu rancangan masa depan membina sebuah pangkalan di bulan.

Keadaan di bulan sebahagian besarnya padang pasir tetapi ais dipercayai terperangkap dalam kawah yang tidak pernah terdedah kepada sinaran matahari.

Misi Satelit Pengesan dan Pemerhatian Kawah Bulan (LCROSS) yang tidak membabitkan manusia, akan melancarkan satu roket ‘Centaur’ ke bulan pada dua kali kelajuan peluru.

Satu lagi pesawat angkasa lepas akan mengorbit bulan selama setahun bagi mencari lokasi sesuai untuk pendaratan angkasawan.

Pesawat Orbit Peninjau Bulan dilaporkan akan menghabiskan masa sekurang-kurangnya setahun bagi menghasilkan peta paling lengkap keadaan permukaan bulan.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, satu lurah yang dalam dan kawasan dipercayai bekas pantai dianggap bukti paling jelas air wujud di planet Marikh, kata saintis. � Agensi

Sumber Harian Online : 19 JUN 2009

>>>>>>>>>>>>>
Saudara-saudaraku sekelian….

Andai benar perkara ini akan berlaku…apa akan jadi agaknya. Wallahu a’lam.

Lihatlah bagaimana “orang-orang yang akan jadi gila” yang rakus.

Tidakkah mereka terfikir atau mereka memang tahu…bulan adalah sahabat bumi yang sentiasa berkaitan. Apa yang akan terjadi nanti pada bumi.??? Apa akan jadi pada bulan nanti kerana hentakan bom? Tidakkah orbit bulan akan tersasar atau lari dari orbitnya? Akan stabilkah bumi nanti kerana bulan tergugat?

Mereka ini tidak mahu memahami…bahawa bulan bukan tempat manusia sebab itu Adam, manusia di turunkan di bumi. Mereka tetap nak lawan kuasa Allah.

Mungkinkah perkara ini akan mempercepatkan Kiamat??

Tidakkah kita Umat Islam hanya akan mendiamkan diri saja? Bulan itu bulan Allah…Ramadhan berpandukan kepadanya.

Ya Rabbi …peliharakanlah bulan kami, peliharakanlah dan ampunilah hambamu ini. Astaghfirullahal Azim…

Advertisements

Komentar ditutup.