Tazkirah Buat Saudara-saudaraku

"Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman"

Larangan menerima hadiah

2 Komen



HIASAN
Saudara-saudaraku sekelian…

Dewasa ini,telah menjadi adat di kalangan orang-orang yang berjawatan pegawai-pegawai, baik penjawat awam atau pegawai sesebuah syarikat mahupun ahli-ahli politik bergembira menerima hadiah daripada orang ramai kerana dia dihargai kerana kerjanya. Mungkin ada di antara kita belum mengetahui bahawa sebagai pegawai yang ditugaskan dan telah disediakan untuknya gaji atau upah, ia tidak halal lagi menerima habuan daripada orang ramai dan digunakan untuk kepentingan diri sendiri. Islam melarang perbuatan demikian kerana ia adalah jelas sebagai pengkhiatan (ghulul).

Mari kita renungkan dan hayati satu dua hadis daripada Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Barang siapa yang telah kami ambil untuk melakukan sesuatu kerja dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau upah), maka apa yang diambilnya selepas itu (dalam bentuk rasuah) adalah ghulul (pengkhianatan)”
(Riwayat Abu Daud, Albani: Hadis Shahih)

“Nabi pernah bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat Kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa dengan Rasulullah, lalu ia menyimpan sebahagian daripada wang yang dikutip sambil berkata ” Ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai hadiah (oleh orang ramai)”, maka jatuh murka baginda sambil berkata :” ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu sehingga datang hadiah kepadamu, jika kamu benar-benar betul (layak menerima hadiah)”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bentuk-bentuk pengkhianatan lain dan ia dianggap sebagai rasuah, antaranya adalah seperti berikut:

1. Material hadiah atau wang diberikan kepada hakim bagi memastikan kemenangan yang melibatkan si pemberi yang sepatutnya kalah sama ada untuk menyelamatkan diri atau menyalahkan orang yang tidak bersalah

2. Diberikan kepada pegawai berkuasa bagi melepaskan diri ketika didapati bersalah seperti disaman polis.

3. Diberikan kepada pegawai berkuasa (sama ada diletakkan atas nama komisen atau hadiah) bagi mendapatkan tender kontrak untuknya.

4. Upah khas diberikan kepada pegawai berkuasa untuk mempercepatkan urusannya dan menangguhkan urusan orang lain yang sepatutnya mendapat giliran awal.

5. Menggunakan kuasanya (yang diberikan oleh syarikat untuk memberikan sesuatu kontrak/ tender kepada orang tertentu dengan syarat upah khas atau dinamakan komisen diberikan kepadanya oleh pembida.

Marilah mengubah sikap buruk ini, kerana ia jelas haram menerimanya untuk peribadi walaupun budaya memberi hadiah adalah sunat. Walaubagaimanapun hadiah itu menjadi halal ketika tidak menjalankan tugasnya (mungkin sudah pencen) walhal berjawatan itu bukan sekadar 8 jam sehari sahaja bahkan bertugas 24 jam sepertimana polis dan tentera, begitu juga guru dan sebagainya.

Wallahu a’lam.

2 thoughts on “Larangan menerima hadiah

  1. salam….blog ni bgus la…x mcm blog2 politik yg suka kata kat orang tu….
    nak taula… dapat APC, dpt rm 1000 tu halal x? (APC =Angerah Perkhiidmatan Cemerlang)