Tazkirah Buat Saudara-saudaraku

"Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman"

MCIS Zurich Insurance : Halal atau haram??

11 Komen


STATUS MCIS ZURICH INSURANCE BERHAD SEBAGAI SEBUAH SYARIKAT PENANGGUNG INSURANS YANG MEMPUNYAI MAJLIS PENASIHAT SYARIAH : SATU TINJAUAN

Oleh: Mohamad Saifudin bin Gahnehman

1. Latar belakang kajian

Kajian ini dijalankan ke atas sebuah syarikat penanggung insurans yang dinamakan MCIS Zurich Insurance. Kekeliruan timbul di kalangan masyarakat awam tentang status halal dan haram insurans yang ditawarkan oleh syarikat ini apabila syarikat ini mewujudkan Majlis Penasihat Syariahnya sendiri sejak tahun 2002. Sebagai makluman hanya syarikat pengendali takaful sahaja yang disyaratkan untuk mempunyai Majlis Penasihat Syariah dan syarat ini tidak tertakluk kepada syarikat insurans konvensional.

1. Objektif kajian

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti status halal dan haram insurans yang ditawarkan oleh syarikat ini dan akan cuba mengetahui peranan Majlis Penasihat Syariah Syarikat ini.

2. Method Kajian

Kajian ini menggunakan metod pembacaan sepenuhnya ke atas artikel dan laporan yang dikeluarkan oleh MCIS Zurich Insurance Berhad dan pihak-pihak lain.

3. Latar belakang MCIS Zurich Insurance

MCIS ditubuhkan pada tahun 1954 dan menjadi MCIS Insurance pada tahun 1998. Liberalisasi pasaran dan keperluan kepada kekuatan entiti untuk beroperasi secara efektif dalam suasana global menyebabkan MCIS bergabung dengan Zurich Financial Services, iaitu penyedia perkhidmatan insurans kelima terbesar di dunia yang mendapat ranking ke 59 dalam Fortune Globals 500 pada tahun 2005. Zurich Financial Services Group (Zurich) adalah syarikat yang berasaskan insurans dengan rangkaian global dan anak-anak syarikatnya serta pejabat-pejabat di Amerika Utara dan Eropah, juga Asia Pasifik, Amerika Latin dan lain-lain pasaran ditubuhkan pada tahun 1872 dan berpusat di Zurich, Switzerland. Syarikat ini menggaji lebih daripada 60,000 orang pekerja di lebih daripada 170 buah Negara.

Pada tahun 2004, mereka mencatatkan pendapatan kasar sebanyak USD 49.0 billion melalui premium dan yuran polisi di serata dunia juga termasuk USD191.1 billion hasil daripada pelaburan kumpulan. Perjanjian bersama dan penggabungan antara kedua syarikat ini bukan sahaja gabungan yang kuat bahkan meletakkan MCIS Zurich sebagai syarikat penanggung insurans tempatan dengan piawaian antarabangsa.

Pada hari ini, MCIS Zurich dengan bangganya berdiri sebagai peneraju insurans am dan hayat dengan keseluruhan aset melebih 2.9 billion dan pendapatan premium kasar menghampiri RM500 juta. MCIS Zurich menggaji lebih daripada 500 orang pekerja dan 5000 agen dan beroperasi melalui 26 cawangan yang terletak di ibu-ibu negeri dan Bandar-bandar utama[i].

4. Majlis Penasihat Syariah MCIS Zurich

Majlis Penasihat Syariah MCIS Zurich terdiri daripada 5 orang ahli panel yang mempunyai kepakaran dan dan pengalaman dalam syariah sebagai pelengkap kepada industri insurans.

MCIS Zurich (MZ) merupakan syarikat insurans konvensional pertama di Malaysia yang mempunyai Majlis Penasihat Syariah. Majlis Penasihat Syariah ini berperanan untuk memberi konsultansi dan nasihat kepada pengurusan, melakukan kajian dan pembangunan ke atas pelbagai perkara berkaitan insurans melalui perspektif syariah dan mengambil bahagian dalam pameran dan berinteraksi dengan 5000 pekerja agensi MZ di seluruh negara dalam usaha meningkatkan kesedaran dan etika dalam penjualan produk-produk insurans.

Penubuhan majlis ini juga adalah inisiatif MZ untuk menjaga kebajikan 400,000 pemegang polisi yang mana 50% daripadanya adalah pelanggan Bumiputra. MZ juga bercita-cita untuk memasuki pasaran Takaful dengan adanya Majlis tersebut.

Majlis tersebut diketuai oleh pengerusinya iaitu Y.Bhg Prof Dr. Mohammed Yusoff bin Hussain iaitu seorang tokoh dalam pengajian Islam dan falsafah. Beliau memegang jawatan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan di antara tahun 2003 dan 2005 dan sekarang ini berkhidmat sebagai Rektor di Kolej Islam Darul Ridzuan di Ipoh.

Ahli-ahli Majlis yang lain adalah Y.Bhg. Sohibus Samahah Dato’ Ismail bin Yahya, Mufti Terengganu, Dr Shofian bin Ahmad, tokoh dalam kontrak undang-undang Islam, Professor Madya Mostafa Kama bin Mokhtar, tokoh dalam pengajian Islam dan Tuan Haji Mustapha bin Md Nasir, ahli lembaga pengarah MCIS Zurich Insurance Berhad[ii].

5. Analisis

MCIS Zurich adalah sebuah syarikat liability awam berhad yang diperbadankan dan bermaustautin di Malaysia serta berlesen di bawah Akta Insurans 1996. Aktiviti utama adalah menjalankan pengunderaitan ke atas insurans hayat dan insurans berkait pelaburan dan semua perniagaan ke atas insurans hayat. Dari sudut perundangan menunjukkan bahawa MCIS Zurich menjalankan peniagaan insurans konvensional yang secara jelas mengandungi unsur-unsur riba, gharar dan maisir. Secara jelas juga didapati asas perniagaan dan aktiviti utama perniagaan bertentangan dengan syariat Islam[iii]. Insurans konvensional telah diputuskan haram melalu[iv]i:

1. Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali Pertama tahun 1976 M di Mekah. Peserta hampir 200 para ulama, Prof Syariah dan tokoh-tokoh ekonomi. Insuran adalah salah satu topik perbincangan mereka. Keputusan mereka adalah INSURAN JENIS PERNIAGAAN ADALAH HARAM. Sebab utamanya adalah Riba & Gharar.

2. Majlis Kesatuan Ulama’ Besar bermesyuarat pada tahun 1977 M, di Arab Saudi. Keputusan : Insuran jenis Perniagaan adalah Haram.

3. Majma’ al-Fiqh al-Islami al-‘Alami (Kesatuan Ulama Fiqh Dunia) bersidang pada tahun 1979 M di Mekah al-Mukarramah, Keputusan Majoriti: Insuran Jenis Perniagaan HARAM samada ke atas Barangan Perniagaan , nyawa dan lain-lain daripada jenis harta.

4. Majma’ al-Fiqh al-Islami sekali lagi bersidang pada 28 Disember 1985 di Jeddah, juga memutuskan sekali lagi pengharaman Insuran Jenis Perniagaan.

Dari segi pelaburan pula MZ menawarkan empat jenis dana iaitu MCIS Zurich Dana Seimbang, MCIS Zurich Dana ekuiti, MCIS Zurich Dana Pendapatan, dan MCIS Zurich Dana Jati. Daripada empat dana tersebut hanya dana Jati sahaja yang dilaburkan mengikut hukum-hukum syarak di mana ia dilaburkan dalam ekuiti yang diluluskan syarak, pasaran kewangan dan sekuriti pendapatan tetap dalam nisbah yang berbagai namun demikian dana ini lebih cenderung kepada pelaburan dalam ekuiti. Dana-dana yang lain pula tidak dilaburkan mengikut syariat yang mana sebahagiannya dilaburkan kepada syarikat-syarikat tidak tersenarai dalam senarai patuh syariah yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

MZ juga memperolehi pendapatan selain daripada premium yang dibayar oleh pembeli insurans. Antaranya ialah kadar faedah daripada pinjaman diterima, kadar faedah terakru, kadar faedah daripada sekuriti hutang korporat dan urusniaga forex. Jelas di sini pendapatan lain syarikat datangnya daripada sumber kadar faedah yang jelas diharamkan oleh Islam[v].

Merujuk kepada Majlis Penasihat Syariah yang ditubuhkan, ia tidak lebih hanya sebagai penasihat syariah untuk tujuan memberikan nasihat kepada pihak pengurusan dan untuk menjaga hal-hal berkaitan etika para pekerja MZ. Selain itu, mereka juga bertanggung jawab untuk melakukan kajian berkaitan insurans dari perspektif syariah. Walaupun begitu, peranan dan fungsi Majlis penasihat ini berbeza dengan peranan yang dimainkan oleh Majlis Penasihat Syariah Pengendali takaful dan bank-bank Islam kerana fungsi mereka ialah memastikan perjalanan operasi, produk dan sebagainya adalah berlandaskan syariah dan halal. Berbeza dengan MZ yang mana perniagaan terasnya adalah jelas haram. Dengan kewujudan Majlis Penasihat Syariah tidak bermakna MZ adalah sebuah syarikat insurans Islam.

6. Kesimpulan

Kesimpulan yang dapat dibuat daripada kajian yang dijalankan ini adalah MCIS Zurich adalah sebuah sebuah syarikat penanggung Insurans konvensional yang mengamalkan perniagaan yang mengandungi unsur riba, gharar, dan maisir yang jelas hukumya haram di sisi Islam. Walaupun mempunyai Majlis Penasihat Syariah, tidak bererti perniagaannya sah menurut Islam.

Sumber :

http://ustazsaifudin.wordpress.com

>>>>>>>>>>>

Cuba lihat laporan tahunan investlink fund 2008 MZ ini yang didakwa halal…

www.mciszurich.com.my/financialstat/ilinkfund.pdf

Dimana DANA DIVIDEN MZ dilaburkan?

updated :

Cuba saudara baca ini dengan teliti dan buat penilaian…

OBJEKTIF-OBJEKTIF DANA (LAPORAN INVESTMENT LINK FUND ANNUAL REPORT 2008. Disalin semula daripada laporan format pdf. mukasurat 69 (versi BM).

Dana Seimbang MCIS ZURICH adalah portfolio pelbagai yang terdiri daripada ekuiti,pendapatan tetap dan instrumen-instrumen pasaran kewangan dalam nisbah yang pelbagai yang bertujuan untuk memberikan pulangan yang terbaik dan pada masa yang sama melindungi daripada sebarang perkembangan yang negatif. Matlamatnya adalah untuk mengimbangkan pelaburan di antara modal dan pertumbuhan pendapatan dan ianya sesuai bagi pelabur yang konservatif. Walaupun fokus utamanya adalah kepada ekuiti dan pendapatan tetap, namun nisbah peruntukannya pada bila-bila masa akan bergantung kepada situasi lazim pasaran serta keadaan ekonomi.

Dana Ekuiti MCIS ZURICH akan memberikan tumpuan yang lebih kepada pelaburan dalam ekuiti untuk mencapai peningkatan modal jangkamasa sederhana hingga ke jangkamasa

panjang. Selain daripada ekuiti, dana ini juga akan melabur dalam instrumen-instrumen pasaran kewangan di mana peruntukan sebenar akan berdasarkan situasi lazim pasaran serta keadaan ekonomi dan faktor-faktor teknikal. Dana ini adalah sesuai untuk pelabur-pelabur yang agresif dalam profi l pelaburan.

Dana Pendapatan MCIS ZURICH akan menfokuskan kepada matlamatnya untuk memberikan pembahagian pendapatan secara beransur-ansur dan pada masa yang sama, mengekalkan

modalnya. Secara asasnya, profi l jenis ini sesuai untuk pelabur-pelabur yang enggan mengambil risiko pelaburan yang tinggi. Walaupun dana ini lebih cenderung kepada instrumen-instrumen

pendapatan tetap, ia mungkin juga dilaburkan dalam instrumen-instrumen pasaran kewangan. Keputusan ke atas peruntukan aset-aset serta nisbah pembahagiannya akan bergantung

kepada pendapat pengurus dana mengenai keadaan makroekonomi tempatan dan global.

Dana Jati MCIS ZURICH memfokuskan kepada keperluan pelabur-pelabur Muslim dan dana ini dilabur berlandaskan prinsip-prinsip Syariah, di dalam ekuiti yang dibenarkan oleh hukum

Syariah, instrumen-instrumen pasaran kewangan dan instrumen-instrumen pendapatan tetap dalam nisbah yang pelbagai bergantung kepada keadaan pasaran dan ekonomi pada masa tersebut. Walaubagaimanapun, dana ini lebih cenderung kepada pelaburan dalam ekuiti. Matlamat dana ini adalah untuk melabur dalam syarikat-syarikat yang menyediakan prospekprospekyang baik dari segi peningkatan modal jangkamasa sederhana hingga ke jangkamasa panjang. Walaupun Dana Jati dilaburkan dalam sekuriti yang diluluskan oleh Syariah, namun dana tersebut bukan merupakan produk Takaful.

Dana Dividen MCIS ZURICH bermatlamat untuk mencapai pengaliran pendapatan yang mantap dan berpotensi untuk pertumbuhan modal jangkamasa sederhana hingga ke jangkamasa

panjang dengan menumpukan perhatian yang lebih kepada saham-saham yang memberikan dividen yang tinggi dan instrumen-instrumen pasaran kewangan.

MANA SATU DIFOKUSKAN UNTUK ORANG ISLAM? JAWAPANNYA TELAH DISEBUT DENGAN JELAS (DANA JATI)

PENYATA PORTFOLIO DANA DIVIDEN MCIS ZURICH

Pada 30 Jun 2008

GAMUDA BERHAD

POS MALAYSIA BERHAD

MAYBANK BERHAD

MNRB HOLDINGS BERHAD

PUBLIC BANK BERHAD

BRITISH AMERICAN TOBACCO (MALAYSIA) BERHAD

PANASONIC MANUFACTURING MALAYSIA BERHAD

UCHI TECHNOLOGIES BERHAD

STAR PUBLICATIONS (MALAYSIA) BERHAD

PETRONAS GAS BERHAD

SHELL REFINING COMPANY (FEDERATION OF MALAYA) BERHAD

HAP SENG PLANTATIONS HOLDINGS BERHAD

S P SETIA BERHAD

AMANAHRAYA REAL ESTATE INVESTMENT TRUST

AXIS REAL ESTATE INVESTMENT TRUST

MALAYSIAN BULK CARRIERS BERHAD

TENAGA NASIONAL BERHAD

YTL POWER INTERNATIONAL BERHAD

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

komentar :

Apa bisnes bank-bank konvensional tersebut?

Apa bisnes BRITISH AMERICAN TOBACCO (MALAYSIA) BERHAD?

www.mciszurich.com.my/financialstat/ilinkfund.pdf

Fatwa Kebangsaan

http://www.e-fatwa.gov.my/mufti/fatwa_search_result.asp?keyID=1153

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/7248c9573daeaf2c482573ed00176dbf?OpenDocument

http://www.zaharuddin.net/content/view/82/101/

Apa kata Mufti Perak?

Ini pula jawapan Bank Negara Malaysia pada 26 Febuari 2009 kepada saya melalui emel ;

Soalan saya :

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

Saya ingin bertanya :

Agen Company MCIS Zurich Insurance mendakwa company ini mempunyai Panel Syariah. Ada ditunjukkan gambar panel berkenaan pada saya. Dan agen ini mendakwa semua product-product MCIS ini adalah halal. Saya keliru status sebenar sama ada ia benar-benar halal atau sebaliknya. Setahu saya yang ada lesen TAKAFUL sahaja yang halal.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

JAWAPAN DARI BANK NEGARA

Kami merujuk e-mel tuan bertarikh 21 Februari 2009 mengenai perkara di atas.

Untuk makluman tuan, MCIS Zurich Insurance (MCIS) didaftarkan dibawah Akta Insurans 1996 dan bukannya dibawah Akta Takaful 1984. Oleh yang demikian, MCIS bukanlah salah satu pengendali takaful yang didaftarkan dibawah Akta Takaful 1984 dan yang dibenarkan oleh Bank Negara Malaysia untuk memasarkan produk-produk yang berlandarkan shariah.

Kekeliruan terjadi apabila produk yang dipasarkan bertujuan sebagai pelaburan (investment) dan perlindungan (protection). Walaupun bahagian pelaburan produk perkenaan adalah berlandarkan shariah tetapi bahagian perlindungan yang diberikan oleh pengendali insurans tersebut bukanlah berlandaskan shariah, dimana perlindungan yang diberikan masih terdapat unsur-unsur gharar, judi dan riba. Oleh kerana kedua-dua elemen ini berada dalam satu produk, maka, produk ini tidak dikategorikan sebagai produk yang berlandaskan shariah.

Sekian, terima kasih.

Noor Shuhaila Hj Johari

BNMTELELINK

Jabatan Komunikasi Korporat

Bank Negara Malaysia

No Tel : 1-300-88-5465

No Faks : 03-21741515

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

TERNYATA BAHAWA WALAUPUN MCIS MEMPUNYAI PANEL SYARIAH IA TIDAK MENJAMIN KEHALALAN PRODUKNYA. SEHINGGA KINI HANYA PELABURAN JATI SAHAJA YANG PATUH SYARIAH (HALAL)!

WAHAI SAUDARA-SAUDARAKU YANG TERLIBAT….ANDA MEMANG TERTIPU…

TEPUK DADA TANYA SELERA. Alternatif : pilihlah YANG ‘TAKAFUL’….BELAMBAK DI PASARAN!!

Komentar:

KESATUAN GURU-GURU MELAYU MALAYSIA BARAT mahu guru-guru dilindungi oleh MCIS??

Ingatilah Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud :

“Setiap daging yang tumbuh dari harta yang haram, maka api neraka lebih utama untuknya”.

(Riwayat Tarmizi)

Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda:

“Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam”

(Riwayat Ibnu Abdul Barr)

Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 279, maksudnya :

“Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah larangan riba itu), maka ketahuilah kamu akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya”.

>>>>>>>>

KAJIAN INI DITULIS KERANA SAYA CUBA DITIPU 2 KALI OLEH AGEN KESATUAN GURU DAN AGEN MCIS SENDIRI.

Moga kita mendapat hidayah dari Allah….amin.

11 thoughts on “MCIS Zurich Insurance : Halal atau haram??

  1. Sama juga Bank-bank bukan Islam mengamal konsep Perbankan Islamic. Seperti orang cina meniaga ayam yang di sembelih di katakan halal baginya.
    Takaful Ikhlas ada, Takaful Nasional ada. Betul juga kata saudara tadi. Mengapa tak satukan benda yang halal? EtiQa asalnya daripada MNI dan MayBank tak silap hamba.
    Adakah bank-bank konvensional di Malaysia dan pengedali takaful atau insurans tidak saling berurusan?

  2. salam

    Syukran saudara dengan info ini. saya adalah penulis asal artikel di atas. terima kasih kerana mengulas dan membuat tindakan yg bijak utk bertanya terus kepada BNM. Tahniah diucapkan. saya kira tulisan saya akan dihentam tapi Allah nak bantu rupanya dengan ada orang mcm saudara.

    sememangnya telah jelas soal haram dan halal dalam insurans. tidak perlu dipertikaikan. sememangnya kajian ringkas saya utk mengetahui status halal produk. alhamdulillah telah jelas sekarang. saya tak sangka tulisan saya ada di sini.

    cuma ada satu isu yg perlu kita fikir2kan. ahli2 syariah yg dilantik dlm syarikat tu dibayar dengan duit mana? fikir2kan….

  3. Assalamualaikum…
    Minta maaf andai saya mencelah…
    Untuk pengetahuan saudara penulis khasnya dan pembaca yang lain amnya, sebenarnya saya ingin bertanya…Apa keistimewaan MCIS Zurich Insurance sebenarnya sehingga dibuat kajian sedemikian rupa.Rasanya saudara penulis cuma membuat kajian diluar sahaja tanpa ada kajian peringkat dalaman.Biasanya orang yang buat kajian di universiti akan menggunakan sumber dalaman dan luaran untuk memastkan kajian mereka betul atau pun tidak. Yang menjadi persoalannya, kenapa penulis tidak menemuramah panel syariah yang dilantik supaya kekusutan yang timbul dapat dileraikan. Yang kedua, kenapa hanya MCIS Zurich Insurance sahaja yang di buat kajian.Dimana pula syarikat insurance lain.Mungkin MCIS Zurich terlalu kuat dipasaran sehingga menyekat sesetengah perniagaan syarikat lain termasuk takaful.
    Untuk keterangan lanjut… layari laman web saya dan baca artikel liberasasi ekonomi oleh pengasas semua sistem syarikat takaful di Malaysia iaitu En. Azman.

    • Bismillahi taala

      wassalam ..

      Dah dijelaskan. if xde ejen yg dtang pujuk i masuk mcis, rasanya saya x kaji lagi.

      Npe mcis tak buat takaful? contohnya MAA insuran. skrang dah ada MAA takaful. Nape dia buat takaful jugak? MCIS bila nak buat takaful? kan senang membezakan??

      bagi saya fardhu kifayah menghebahkan sudah beres.
      terpulang pada sesiapa jua nak yang macam mane. bagi saya dah memadai dengan jawapan dari bank negara.

      saya dh buat keputusan, ini komen terakhir berkenaan mcis tu. dah Banyak komen masuk spam hentam saya kerana x puashati. malas nak layan. belanjalah sikit, telepon bank negara tu…kan dah bagi nombor!!

      Wallahu a”lam. tq
      MENCARI YANG HALAL ADALAH IBADAT

  4. salam. saya tertarik tentang situasi yg berlaku sekarang. Ramai yang emosi dan marah-marah. sila lihat method kajian dlm artikel itu dan apa tajuknya. ia sekadar tinjauan dan dengan ilmu yg ada kesimpulan tersebut dibuat.

    ini bukan soal mcis zurich kuat, kaya, power dan sebagainya. tak jadi masalah pun kalau wujud MCIS Zurich Takaful sebagai syarikat pengendali takaful terbesar di malaysia. mungkin juga saya sendiri akan menyertai pelannya atau pun jadi ejennya. xde masalah.

    Selaku orang yang berilmu pastinya tahu kenapa mcis zurich yang di buat kajian? jawapannya sebab ada isu dan ada kekeliruan. isunya sebab dia ada majlis penasihat syariah. maka masyarakat jadi keliru.maka wujudlah kajian dan adalah jawapan. Sekiranya memang betul produk tu halal maka ahli syariah tidak akan menolaknya. tiada masalah. walaupun boleh claim ianya halal akta yang ada menunjukkannya bermasalah.

    Jawapan yg diberikan BNM jelas. produk tersebut bercampur halal dengan haram dan dipakejkan jadi satu produk dan kemudian method of distribution, akta dan lain-lain hal yang perlu di ambil kira menunjukkan ianya belum tentu halal. maka?…. tidak halal. tentang soal percampuran ini sila baca qaedah fiqh.

    Jika mempersoalkan kenapa tidak bertanya sendiri ahli syariah mcis zurich, En Arif patut bertanya dulu pada mereka sebelum orang luar bertanya ia halal katau tidak. isu yang cuba dimain-mainkan adalah insurans berkait pelaburan yang mana ianya dilaburkan dalam dana yang sekuritinya patuh syariah. Tapi kenapa kita lupa produk konvensional lain pun mereka jual. hukumnya apa?

    Kepada mereka yang masih tidak puas hati, rumusannya sangat mudah, fahamilah apa itu takaful, kenapa wujudnya takaful, apa beza takaful dari segi kontraknya berbanding insurans konvensional, apa itu riba, gharar dan maysir. Tidak lupa juga apa kesan dan impaknya terlibat dalam. perkara yang diharamkan nescaya kita tidak akan mempersoalkannya.

    Tidak dinafikan takaful juga belum kukuh. still baby lagi. banyak lagi perlu diperbaiki dan perlukan ramai ahli syariah untuk memastikannya berjalan mengikut lunas-lunas syariah. Sepatutnya usaha ini dihargai dan di sokong kerana membawa umat islam keluar daripada bermuamalah dengan cara yang diharamkan. Tidak seharusnya dipersoalkan insurans konvensional halal atau haram. keharamannya sangat jelas dan banyak fatwa pengharamannya sudah lama ada.

    Mudah-mudahan Allah menerangkan mata hati kita semua untuk menerima ilmunya. wallahua’lam. Syukran admin sekiranya dapat disiarkan ulasan saya ini.

  5. salam, terima kasih kerana menerbitkan satu kajian yang sgt membantu saya dalam mencari maklumat tentang insurans dan takaful.
    Pada pendapat saya, memang wajar ummat islam mengumpul dana dalam satu syarikat yang asalnya dari islam dan Malaysia sendiri. Sudah tentulah ia terjamin dari segi syariah nya. Ini sgt penting kerana kebanyakan dari sistem kewangan kita dikuasai dgn unsur riba yang kadang-kadang kita tak dapat elakkan kerana keperluan. Dengan wujudnya syarikat Takaful yang 100% berlandaskan syariah, maka kita mempunyai pilihan untuk memilih yang lebih baik. soal kukuh atau tidak, itu tidak penting kerana Syarikat Takaful Ikhlas contohnya tulang belakangnya adalah MNRB.

  6. Salam.Saya join MCIS pada tahun 1978 dgn mengambil insuran nyawa.pada masa tu takaful be,um wujud.Hasil dpd perbincangan di atas saya rasa sesal kerana terlibat dgn sykt konvensional.Patutkah saya berhenti dgn MCIS dan apa status wang itu jika saya menuntutnya.

    abyelsyam: Wsalam…tq singgah kat sini…nasihat saya keluarlah dari syarikat tu demi menjaga agama kita dan status kita di Akhirat. Biarlah terasa rugi di dunia asalkan di Akhirat kita halal di sisi Allah. Setahu saya status wang itu
    1. premium yang tuan bayar adalah halal kerana itu ada duit tuan
    2. pendapatan hasil keutungannya adalah tidak halal kerana riba.

    Sila baca ayat Quran, Surah Al Baqarah..ayat 278…ini hidayat dari Allah untuk orang2 yg beriman…

    nak lebih lanjut baca dalam blog sahabat saya
    http://www.zaharuddin.net

  7. Aku tetap stop AIA walau dah lama….tukar ke plan takaful…
    makin byk aku tahu tentang bagusnya Takaful,prbezaan dan lain2 lagi…aku brminat nak jadi agent lak….bila byk brkenalan dgn agent2 takaful yg lain.Ramai yg asalnya dari agent konvensional brhijrah mnjadi agent takaful….haram halal dah jelas…berhijrahlaaaah…….mau x mau aje……

  8. carilah takaful…….buat apa lagi nak ambik insuran konvensional