Tazkirah Buat Saudara-saudaraku

"Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman"

Gerhana Matahari Tanda Keagungan Allah

2 Komen


Hari ini dijangkakan akan berlaku gerhana matahari di antaranya di Malaysia. Fenomena ini dijangkakan berlaku pada jam lebih kurang 4.30 petang sehingga 7.00 petang waktu Malaysia.



Animasi dan keterangan lanjut :
http://www.angkasa.gov.my/solar_eclipse/index.php
http://www.falak.udm.edu.my/?news=yes&alink=20081215140350
http://www.eclipse.org.uk/eclipse/0132009/
http://www.falak-online.net/portalfalak/content/18/1/2009/gerhana-matahari-separa-di-malaysia-pada-26-jan-2009

Hadis Al-Mughirah bin Syu’bah r.a katanya:
“Matahari telah gerhana pada masa Rasulullah s.a.w di hari kematian Ibrahim iaitu anak lelaki baginda. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Kedua-duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang atau kerana dihidupkannya. Oleh itu apabila kamu melihatnya berdoalah kepada Allah dan dirikanlah sembahyang sehinggalah gerhana itu hilang”
(Riwayat Muslim)

Cara Solat Gerhana

Ada beberapa cara mengerjakan solat gerhana pengamalan zaman Nabi Muhammad s.a.w.:

1. Dikerjakan dengan 2 rakaat sebagaimana solat sunnat biasa

2. Dikerjakan 2 rakaat, yang pada setiap rakaat ruku’nya dilakukan dua kali, yaitu sesudah membaca Al Fatihah dan surah, lalu ruku. Bangun i’tidal, lalu membaca Al Fatihah dan surah lalu ruku yang kedua. Kemudian i’tidal lagi dengan tu’maninah barulah melakukan sujud yang pertama, duduk antara dua sujud, lalu sujud yang kedua, kemudian bangkit berdiri untuk rakaat yang kedua. Pada rakaat yang kedua ini, ruku dilakukan dua kali seperti pada rakaat yang pertama. Kemudian diakhiri dengan tahiyat.

Solat gerhana dapat dikerjakan secara berjamaah. Sebaiknya setelah solat dilakukan khutbah seperti pada solat hari raya. Isinya diarahkan kepada hal-hal yang bermanfaat, seperti anjuran taubat, sedekah, persatuan, amar ma’ruf nahi munkar; dan jangan lupakan keterangan tentang gerhana itu sendiri.

“Abdullah bin Amr bin Ash r.a. berkata; “Ketika terjadi gerhana di masa Nabi Muhammad s.a.w maka diserukan: “Ash-shalaatu jaami’ah (tegakkanlah solat berjamaah)”. Kemudian (di dalam solat) Nabi Muhammad s.a.w. ruku dua kali dalam satu rakaat. Pada rakaat kedua Nabi Muhammad s.a.w ruku dua kali pula. Kemudian duduk dan selesai. Matahari sudah terang kembali. Siti Aisyah berkata: “Belum pernah saya sujud lama, seperti lamanya sujud solat gerhana itu”. (Hr Bukhari dan Muslim).

3. Dikerjakan dengan dua rakaat, tetapi pada tipa-tiap rakaat dilakukan 3 kali ruku dan 2 kali sujud.

4. Dikerjakan 2 rakaat, tetapi tiap-tiap rakaatnya dilakukan 4 kali ruku dan 2 kali sujud.

Gerhana Penuh

Gerhana itu ada yang penuh , ada yang separuh, dan ada yang hanya sedikit saja. Untuk orang yang mengerti tentang susunan bintang atau ilmu falak, kejadian gerhana sangat mudah dipahami secara ilmiah dan iman.

Sumber :
tanbihul_ghafilin.tripod.com

Moga kita mendapat taufik dan hidayah Allah……

Advertisements

2 thoughts on “Gerhana Matahari Tanda Keagungan Allah

  1. Terjadi nya gerhana…tentu ada perubahan alam…
    kaya miskin
    tua muda
    sedih suka
    macam macam

  2. saya laman web tak seberapa menarik.kawansaya.Luqman dan kawan dia yang lain cakap, laman web ni tak seronok sebab takde games.

    abyelsyam: Assalam…tak sangka ada orang mencari “games” di blog ini. Anyway ada “perkataan” itu dalam Al-Quran… saudara sila rujuk Surah Al-An’am ayat 70. Ni bulan Ramadhan, bagus tu kalau dibaca, khabarnya setiap huruf yang dibaca bersama 10 pahala di hari biasa. Di bulan ramadhan ni, satu kebaikan/kebajikan bersamaan 10 kali ganda daripada hari biasa. Kalau satu huruf quran dibaca bermakna 10 x 10 bersamaan 100 pahala untuk bacaan huruf itu saje. Alangkah untungnya orang yg mencarinya daripada orang yg mencari dan bermain game itu. Ingatlah membuang masa adalah “lagha”. Lagha itu berdosa…sekadar mengingatkan diriku….