Tazkirah Buat Saudara-saudaraku

"Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman"

Syurga Firdaus dan Calon Penghuninya

1 Komen


Hiasan

Al Quran menjelaskan orang-orang yang akan ditempatkan di Jannah Firdaus adalah orang-orang yang benar-benar beriman dan beramal soleh. Amalan -amalan soleh yang dikerjakan ialah :

1. Sentiasa kusyuk dalam solat

2. Sentiasa menjauhi perkara-perkara lagha (yang sia-sia)

3. Rajin membayar zakat

4. Sentiasa memelihara kemaluan dari maksiat

5. Memelihara amanah

6. Sentiasa memelihara solat.

Sifat-sifat amalan soleh yang dikerjakan semasa hidup oleh orang-orang seperti ini bertepatan dengan firman Allah dalam Surah Al-Mukminun ayat 1 hingga 11 yang bermaksud :

“Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya. Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu). Dan mereka yang menjaga kehormatannya,, kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela. Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; Dan mereka yang tetap memelihara solatnya; Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi, yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.”

Dalam syurga Firdaus ini mereka marasakan kenikmatan dan kebahagiaan yang tidak pernah habis. Mereka kekal di dalamnya dan tidak ingin berpindah ke tempat lain, sebagaimana firman Allah dalam Surah Al-Kahfi ayat 108 :

“Mereka kekal di dalamnya, mereka tidak ingin berpindah daripadanya”

Wallahu a’lam, moga kita di kalangan mereka…amin

One thought on “Syurga Firdaus dan Calon Penghuninya

  1. Subhanalah!!!……lLayakkah kita ini menghuni syurga firdaus?

    abyelsyam
    : Semua manusia layak ke sana. Modal pahala menentukan. Moga kita di antaranya…..amin.