Tazkirah Buat Saudara-saudaraku

"Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman"

Berbudi Mulia dan Bersikap Tenang


Saudara-saudaraku yang diberkati Allah…

Islam menuntut umatnya supaya bertutur dengan bahasa yang baik, berlemah lembut, pemurah dan berbudi mulia sehinggalah kepada orang-orang yang menentang kebenaran. Islam melarang kita berlaku sombong, angkuh, bangga diri dan banyak lagi sifat-sifat mazmumah lainnya.

Firman Allah Taala ;

(Al-Furqan : 63)

Maksudnya ;

“Dan hamba-hamba Allah Yang Maha Pengasih dan diredhai ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab mengucapkan kata-kata yang tidak baik terhadap mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara-perkara yang tidak diingini…”

Rasulullah s.a.w pernah bersabda :

Daripada A’isyah r.a berkata : “Aku tidak pernah melihat Rasulullah s.a.w ketawa kuat sehingga nampak anak tekaknya, baginda hanya tersenyum sahaja”

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Ringkasnya saudara-saudaraku sekelian, marilah kita bersama-sama menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai contoh atau role model yang paling tepat dan paling baik dalam semua perkara.

Wallahu a’llam…moga mendapat manfaat

Komentar ditutup.