Tazkirah Buat Saudara-saudaraku

"Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman"

Sebarkanlah salam


Salam….adalah amalan kemuliaan di sisi Allah apabila bertemu di antara dua orang Islam. Perkara ini merupakan ajaran Islam ke atas hamba-Nya melalui firman-Nya:


“Apabila diucap dengan satu ucapan maka balas olehmu dengan ucapan yang lebih baik daripadanya atau jawab secara yang elok, sesungguhnya Allah ke atas setiap sesuatu akan diperhitungkan.” (Al-Nisa’: 86)

Melalui ayat ini Allah menyarankan agar hambanya mengamalkan ucapan yang baik ketika bertemu dengan saudara sesama Islam bagi menjaga kesejahteraan. Dengan demikian umat Islam hendaklah sentiasa memberi salam setiap kali bertemu saudara-saudara Islam sama ada kenal ataupun tidak. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam satu hadis diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar r.a:

‘Bahawa seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w. yang mana satu antara amalan dalam Islam itu lebih baik? Jawab Rasulullah, Kamu memberi makan kepada orang yang memerlukannya dan mengucapkan salam ke atas sesiapa yang kamu kenal dan yang tidak kenal”

(Riwayat Bukhari Dan Muslim)

Ganjaran memberi dan menjawab salam

Dalam satu riwayat:

“Telah datang seorang lelaki kepada Nabi s.a.w. dan berkata, ‘Assalamualaikum’. Maka Rasulullah menjawab salam kemudian dia duduk. Maka Rasulullah berkata sepuluh pahala kemudian datang yang lain memberi salam dengan berkata ‘Assalamualaikum warahmatullah’, lalu Rasulullah jawab salam tadi, dan berkata dua puluh pahala. Kemudian datang yang ketiga terus berkata ‘Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh’. Rasulullah pun menjawab salam tadi dan terus duduk, maka Rasulullah berkata tiga puluh pahala.

(Hadis Hasan :Riwayat Abu Daud Tarmizi)

Hukum Memberi Salam

Salam merupakan asas bagi setiap muslim dan muslimah yang perlu diketahui dan dijadikan pegangan serta amalan dalam pergaulan harian. Hukum memberikan salam itu adalah “sunat” dan Rasulullah s.a.w. melakukan demikian serta melazimi dan membiasakan diri dengan memberi salam. Manakala hukum menjawab salam pula adalah “wajib” iaitu sekiranya tidak menjawab hukumnya berdosa berdasarkan firman Allah :

“Dan apabila diucap dengan satu ucapan maka balas olehmu dengan ucapan yang lebih baik daripadanya atau jawab secara yang elok. Sesungguhnya Allah ke atas setiap sesuatu akan di perhitungkan.” (Surah Al-Nisa’: 86)

Melalui ayat ini Allah menyuruh kita mengucapkan sesuatu yang baik dan bermakna seperti salam atau seumpamanya yang menandakan penghormatan terhadap orang lain seperti tabik, lambaian tangan dan sebagainya. Maka dengan itu kita hendaklah membalasnya dengan sebaik mungkin kerana Allah Maha Mengetahui tentang segala yang dilakukan oleh hamba-Nya sama ada melalui amalan dan niat. Inilah yang dihitungkan ke atas hamba-Nya.

Cara memberi salam

Rasulullah s.a.w. menjelaskan :

‘Memberi salam oleh yang berkenderaan ke atas yang berjalan, yang berjalan ke atas yang duduk, yang sedikit ke atas yang hanyak dan pada satu riwayat yang kecil ke atas yang besar”.

(Riwayat Al Bukhari)

Hadis ini rnemberi pengajaran bahawa salam itu merupakan satu penghormatan dari seorang kepada orang lain dalam Islam. Ucapan salam, itu tidak semestinya dilakukan dengan perkataan tetapi juga boleh dilakukan dengan isyarat seperti membunyikan sedikit hon kenderaan ketika memandu. Dengan perkataan lain ucapan salam ini boleh dilakukan melalui pelbagai cara mengikut keadaan waktu dan tempat.

Hukum Bersalaman Lelaki Perempuan Bukan Mahram

Syariat Islam melarang sama sekali untuk bersalaman antara lelaki dan perempuan yang tidak ada pertalian mahram kecuali dengan berlapik, tetapi tidak digalakkan kerana akan menimbulkan fitnah. Apa yang dinyatakan di atas berdasarkan mazhab Syafie dan juga telah dinyatakan oleh Sheikh ‘Athiah Saqar dari Majlis Fatwa Al Azhar dengan katanya berdasarkan kaedah mazhab Syafie:

‘Tidak halal bersalaman antara lelaki dan perempuan melainkan dengan berlapik.’

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“Ataupun kamu sentuh wanita maka tiada kernudahan air untuk kamu berwuduk maka hendaklah karnu tayammum dengan tanah yang suci.”

(Surah Al-Nisa’: 43)

Masalah ini jika hendak diperkatakan dianggap sesuatu yang ringan dan remeh di kalangan orang Islam. Sebenamya ia adalah besar dan berat di sisi Allah dan di sudut akhlak orang Islam, lebih-lebih lagi di kalangan anak-anak muda dan remaja kerana ini membawa saharn kepada gejala-gejala sosial yang lebih buruk. Sebab itulah dari menularnya permasalahan yang lebih besar maka jalan-jalan yang mendorong ke arahnya mesti dihalang terlebih dahulu. Soal ini ditegaskan berdasarkan hadis Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Ma’qal bin Yasar telah menceritakan bahawa Rasulullah pernah bersabda dengan katanya:

‘Sekiranya ditikam di kepala seseorang kamu dengan sebatang besi adalah lebih baik baginya dari menyentuh kulit wanita yang tidak halal untuk disentuh.’ (Riwayat Baihaki)

Moga memberi manfaat kepada semua…

Komentar ditutup.