Tazkirah Buat Saudara-saudaraku

"Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman"

Adab bertamu


Saudara-saudaraku….

Pada 1 Syawal setiap tahun kita meraikan Aidilfitri. Seantero dunia tahu dan kita merayakannya. Tetapi tahukah kita disebalik keseronokan mengunjungi saudara-mara dan rakan-taulan kita selalu meremehkan-remehkan adab bertamu ke rumah orang bukan sahaja di hari raya, bahkan amalan ini seharusnya dijadikan rutin dalam kehidupan seharian supaya tidak timbul ‘fitnah’ di antara manusia.


Perhatikan dalam hadis ini ;

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:
”Janganlah kamu datang ke rumah orang berhadapan pintunya, tetapi datanglah dari bahagian tepinya dan mintalah izin, jika diizinkan untuk kamu, masuklah, kalau tidak, baliklah.”

(Riwayat At-Tabrani)

Inilah sunnah yang diajar Rasulullah s.a.w kepada umatnya supaya kita sentiasa terlindung daripada melakukan dosa ketika bertamu dan bertandang seperti melihat aurat orang, mengganggu privasi tuan rumah, menyusahkan tuan rumah dan sebagainya yang menyebabkan jiwa penerima tetamu tertekan dan sebagainya…

Kesimpulannya :
1. Semulia-mulia manusia adalah mereka yang beradab dan tahu tata tertib setiap perkara yang dilakukannya.

2. Islam mengambilkira segala hal yang bersangkutan dengan kehidupan manusia termasuklah aspek hubungan sosial mereka dan mengajarkan adab-adab yang tertentu demi mewujudkan suasana masyarakat yang aman dan harmoni.

3. Adab dalam berziarah adalah seperti berikut:
i) Memberi salam terlebih dahulu
ii) Mengetuk pintu perlahan-lahan dan tidak melebihi tiga kali
iii) Berdiri bersebelahan pintu kerana dibimbangi jika yang membuka pintu itu adalah orang yang bukan muhrim
iv) Tidak masuk melainkan setelah mendapat keizinan
v) Tidak mengintai atau mengendap ke dalam rumah
vi) Duduk di tempat yang disediakan kerana tuan rumah lebih maklum tentang keadaan rumah mereka.

4. Berkunjung sebagai tetamu hendaklah memilih masa yang sesuai agar ia tidak menimbulkan keberatan kepada tuan rumah lebih-lebih lagi jika kedatangan tersebut didapati mengganggu urusan penting yang hendak dilaksanakannya.

Wallahu a’lam

Moga mengamalkan sunnah nabi ini….

About these ads

Komentar ditutup.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.