Tazkirah Buat Saudara-saudaraku

"Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman"

Tahap pertama alam akhirat


Setelah manusia mengakhiri hidup di dunia, maka ia mulai masuk alam barzakh atau alam kubur. Dalam hadis-hadis banyak dikemukakan dengan jelas bahawa alam barzakh adalah tahapan pertama alam akhirat. Alam barzakh juga satu taman dari taman-taman syurga dan juga satu lubang daripada lubang-lubang neraka. Jika seseorang selamat dalam tahap alam barzakh tersebut, maka untuk menghadapi tahap berikutnya adalah lebih ringan. Sebaliknya kalau tidak selamat dalam tahap pertama itu, maka untuk masa-masa selanjutnya, seksaan yang akan bakal diterima lebih dahsyat dari itu.

Sabda Rasulullah s.a.w , bermaksud ;

“Sesungguhnya alam kubur itu adalah tahap pertama untuk alam akhirat. Manakala seseorang telah selamat dalam tahap pertama itu, maka untuk tahap-tahap selanjutnya akan lebih ringan. Akan tetapi kalau tidak selamat dalam tahap pertama tersebut, maka untuk tahap-tahap selanjutnya akan lebih berat”

(Riwayat Tarmizi, Ibn Majah dan Hakim)

Berdasarkan penjelasan hadis di atas, jelas bahawa keselamatan dan kecelakaan di alam barzakh adalah ukuran untuk menentukan tahap hidup hakiki, tahap hidup yang abadi di akhirat kelak. Oleh kerana itu, bagi roh yang selamat di alam barzakh, selamat dia di akhirat, sebaliknya bagi orang yang memperolehi seksaan dan kesengsaraan, maka roh itupun akan menghadapi seksaan dan kesengsaraan di akhirat nanti.

Adakah kita sudah bersedia menghadapinya? Hidup ini sementara,  di dunia sahaja, tidak akan kembali ke sini untuk kedua kali…….

Wallahu a’lam.

Allahumma nauzubika min azab jahannam wa nauzubika min azabil qabri….amin

Lakonan alam kubur :

Komentar ditutup.