Tazkirah Buat Saudara-saudaraku

"Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman"

Pelbagai sedekah


حدثنا ‏ ‏أبو هريرة ‏ ‏

‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏كل ‏ ‏سلامى ‏ ‏من الناس عليه صدقة كل يوم تطلع فيه الشمس قال تعدل بين ‏ ‏الاثنين صدقة وتعين الرجل في دابته فتحمله عليها أو ترفع له عليها متاعه صدقة قال والكلمة الطيبة صدقة وكل خطوة ‏ ‏تمشيها إلى الصلاة صدقة وتميط الأذى عن الطريق صدقة ‏

Hadis daripada Abu Hurairah r.a, katanya:


Nabi s.a.w telah bersabda: Pada setiap hari terdapat sedekah di setiap sendi manusia ketika matahari terbit. Seterusnya baginda bersabda: Berlaku adil di antara dua orang manusia adalah sedekah, membantu seseorang naik ke atas binatang tunggangannya atau mengangkatkan barang-barangnya ke atas belakang binatang tunggangannya juga adalah sedekah. Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah menuju sembahyang adalah sedekah dan membuang sesuatu yang berbahaya di jalan adalah sedekah

Riwayat Muslim

Saudara-saudaraku…., rupanya terlampau banyak jenis sedekah yang tanpa kita sedari…

Marilah bersama memperbaiki diri kita dengan amalan bersedekah…


Komentar ditutup.