Tazkirah Buat Saudara-saudaraku

"Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman"

Dosa Riba


1.Pemakan dan pemberi riba memerangi Allah dan Rasulullah s.aw.

يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَذَرُواْ مَا بَقِىَ مِنَ ٱلرِّبَوٰٓاْ إِن كُنتُم مُّؤۡمِنِينَ
(٢٧٨) فَإِن لَّمۡ تَفۡعَلُواْ فَأۡذَنُواْ بِحَرۡبٍ۬ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ‌ۖ وَإِن تُبۡتُمۡ فَلَڪُمۡ
رُءُوسُ أَمۡوَٲلِڪُمۡ لَا تَظۡلِمُونَ وَلَا تُظۡلَمُونَ (٢٧٩)

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut  lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang-orang yang beriman. Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa. (278-279) (Surah Al-Baqarah)

2. Kehilangan keberkatan pada harta dan kehidupan

يَمۡحَقُ ٱللَّهُ ٱلرِّبَوٰاْ وَيُرۡبِى ٱلصَّدَقَـٰتِ‌ۗ وَٱللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ كَفَّارٍ أَثِيمٍ

Maksudnya :

“Allah menghancurkan keberkatan kerana riba dan menambahkan keberkatan daripada sedekah”.

(Surah Al-Baqarah : 276)

3. Seperti berzina dengan ibubapa sendiri

Maksud hadis riwayat At-Tabrani dan Al-Hakim

“Riba mempunyai 72 pintu, riba yang paling ringan (dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya”.

4. Lebih berat daripada 36 kali zina

Maksud hadis riwayat Ahmad dan Ad-Dar Qutni

“Satu dirham riba yang dimakan oleh seseorang lelaki dalam keadaan dia mengetahuinya, lebih buruk daripada berzina 36 kali”.

5. Salah satu daripada 7 dosa besar

Maksud hadis riwayat Bukhari dan Muslim:

“Jauhilah tujuh dosa besar, syirik, sihir, membunuh tanpa hak, makan riba, makan harta anak yatim, lari dari medan perang dan menuduh perempuan suci dengan zina (tanpa saksi adil)”.

Komentar ditutup.