Tazkirah Buat Saudara-saudaraku

"Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman"

Bila Izrail Menjelma


1. Semasa sedang nazak, manusia akan nampak Malaikat maut datang, mengambil nyawa dan bawak naik ke langit. Ada yang sampai ke langit ke 7 (Dar Al-Baida’) dan ada yang terus dicampak dalam neraka, orang yang akan mati tidak lagi mengenali orang disekelilingnya

2. Bila roh naik ke langit, ia akan berjumpa dengan semua roh orang yang sudah lama mati dan mereka akan bertanya kabar tentang orang yang masih hidup di dunia daripada roh yang baru sampai…. anak, bini semua sekali yang ada kaitan dengan dia

3. Ada Dar Al-Baida’ (Kg. Putih) di langit ke 7, dihimpun semua roh mukmin dan mereka berkomunikasi, jika amalan molek, mereka bersuka ria

4. Dalam Dar Al-Baida’) kita boleh tengok amalan kita, baik solat, puasa dan sebagainya

5. Segala amalan (orang yang masih hidup) dibawa ke depan ke Allah setiap hari Isnin dan Khamis (hari-hari disunat berpuasa ), hari Jumaat dibawa ke depan nabi Muhammad

6. Jangan malukan roh datuk nenek yang dah mati dengan perangai jahat dibumi, begitu ibubapa yang dah mati mereka sentiasa menangis kerana amalan jahat anak-cucu

7. Semua roh boleh tengok amalan orang yang masih hidup dengan bertanya dari roh yang baru sampai ke langit

8. Kubur -adalah kawah neraka atau kebun syurga

9. Semua perkara perkataan dan perbuatan anak-bini sampai kepada roh yang berada dalam kubur sama ada berita baik atau buruk

10. Jangan menyusahkan ibu bapa kita yang sudah meninggal dengan perangai jahat kita, kerana ia akan menyusahkan mereka dalam kubur

Semua maklumat di atas berdasarkan hadis sahih

Wallahu A’lam

Sumber ;
Kuliah TG Nik Aziz

Komentar ditutup.