Tazkirah Buat Saudara-saudaraku

"Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang-orang beriman"

Kebersihan itu sebahagian daripada iman

1 Komen


Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya’arie r.a. beliau berkata:

Rasulullah SAW telah bersabda:

“Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan.Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur’an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.”

Riwayat al-lmam Muslim.

Pokok Perbincangan Hadis :

1. Kebersihan sebahagian iman : (pendapat ulama’)

a) pahala pada kebersihan – berganda sehingga separuh pahala iman.

b) yang dikehendaki ialah meninggalkan perkara dosa dan maksiat (an-Nahl: 56).Yang dimaksudkan di sini ialah wudhu’.

c) bersih dari hadas besar dan kecil samada dengan air atau tayammun, dan yang dikehendaki iman itu ialah solat.

d) yang dimaksudkan dengan bersih itu ialah wudhu’ – menghapuskan dosa-dosa kecil.

2. Galakkan mengingati Allah ;

Pengajaran hadis:

(1) lslam amat menitikberatkan soal kebersihan, sehingga menganggapnya sebahagian daripada iman.

(2) Semua amalan soleh merupakan kebaikan dan keindahan bagi seorang mukmin dan mempunyai nilai yang tinggi. Ada amalan yang menjadi hujah baginya, ada yang menjadi cahaya baginya, ada yang menjadi pemberat mizannya dan sebagainya.

(3) Setiap manusia dalam kegiatan hariannya mendedahkan dirinya sama ada kepada kebaikan atau kecelakaan. Ada yang menjual dirinya kepada Allah, lalu beroleh kebaikan dan kejayaan dan pula ada yang menjual dirinya kepada syaitan lalu beroleh kecelakaan.

Wallahu A’lam….

One thought on “Kebersihan itu sebahagian daripada iman

  1. salam.jika diperhatikn masyarakat sekarang semakin hari semakin tak ambil tahu tentang kebersihan terutama warga islam..
    semoga semua sedar akan hal ini.. wslm

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.