Manusia akhir zaman

Ibnu Abbas memberitahu, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Pada akhir zaman nanti akan muncul golongan-golongan manusia yang berwajah manusia berhati syaitan.  Mereka diibaratkan seperti serigala buas, hati mereka tidak mempunyai sedikit pun belas kasihan.  Mereka tidak suka menjauhi segala yang buruk dan mereka lebih suka melakukan pertumpahan darah.  Kalau engkau ikut mereka, mereka akan mendekati [...]

Nikmat Syurga

Abu Hurairah r.a. berkata:
Ya Rasulullah dari apakah dibuat syurga itu?  Jawabnya: Dari Air.  Kami bertanya: Beritakan tentang bangunan syurga!  Jawabnya yang bermaksud:
Satu bata dari emas dan satu bata dari perak dan lantainya kasturi yang semerbak harum, tanahnya dari za’faran, kerikilnya mutiara dan yakut, siapa yang masuk dalamnya senang tidak susah, kekal tidak mati [...]

Tahukah anda? Celaka untuk penderhaka bapa

Hadith :
DaripadaAbu Hurairah r.a, sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya:“

“Janganlah kamu membenci bapa-bapa kalian. Sesiapa yang membenci bapanya bererti ia kafir.”

Riwayat Muslim

Huraian
1. Seorang ibu mahupun bapa tidak akan menjadi ibu dan bapa tanpa anak-anak dan begitulah sebaliknya. Oleh itu ibu bapa berhak mendapat penghormatan daripada anak-anak mereka sama [...]

Roh Harum Dan Roh Busuk

Hadith :
Dari Abu Hurairah r.a katanya:

”Apabila roh orang-orang mukmin keluar dari tubuhnya dua orang malaikat menyambutnya dan menaikkannya ke langit.” Kata Hammad :”Kerana baunya harum seperti kasturi.” Kata penduduk langit “ Roh yang baik datang dari bumi. Sallallahu ‘alaika (semoga Allah melimpahkan kebahagiaan kepadamu) dan kepada tubuh tempat engkau bersemayam.” Lalu roh [...]

Penghuni Syurga Ialah Sebaik-baik Muslim

Hadith :
Dari Abdullah, katanya:” Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada kami:

” Tidakkah kamu gembira bahawa seperempat dari penghuni syurga itu dari kamu?” Kata Abdullah kami pun segera mohon ditambah. Kemudian berkata pula beliau:” Tidakkah kamu gembira bahawa sepertiga penghuni syurga itu dari kamu?” kata Abdullah, kami pun mohon diperbanyakkan lagi. Akhirnya Rasulullah s.a.w. berkata:” [...]