Posted on 31 Ogos 2008 by abyelsyam
Ramadhan Kareem…..
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Baqarah Ayat 183 , bermaksud ;
قال الله تعالى : يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا آُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ آَمَا آُتِبَ عَلَى الَّذِينَمِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
“Hai orang-orang yang beriman. diwajibkan kepada kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa”
Sabda Rasulullah s.a.w [...]
Difailkan dalam: Dosa & Pahala | Tagged: puasa, ramadhan | Leave a Comment »
Posted on 28 Ogos 2008 by abyelsyam
Hadis daripada Abu Hurairah r.a, beliau berkata :
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membaca:
لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
dalam sehari sebanyak seratus kali, nescaya dia mendapat pahala sebagaimana memerdekakan sepuluh orang hamba. Dia juga diampunkan seratus kejahatan, dibuat untuknya benteng sebagai [...]
Difailkan dalam: Dosa & Pahala | Tagged: pahala, zikir | Leave a Comment »
Posted on 27 Ogos 2008 by abyelsyam
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Bahawasanya seseorang yang selesai daripada sembahyangnya itu ada yang ditulis baginya (pahala sekadar) satu persepuluh sembahyang, satu persembilan sembahyang, satu perlapan, satu pertujuh, satu perenam, satu perlima, satu perempat, satu pertiga, dan satu perdua (separuh)”
(Riwayat Abu Daud).
Pengajaran:
Pahala solat (sembahyang) amat besar.
Namun demikian, pahala solat adalah mengikut sekadar mana khusyuk dan ikhlasnya [...]
Difailkan dalam: Solat | Tagged: pahala, Solat | Leave a Comment »
Posted on 27 Ogos 2008 by abyelsyam
Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:
“Sungguh perbandingan sahabat yang baik dan sahabat yang buruk itu bagaikan pembawa (penjual) minyak kasturi dan peniup (tukang besi) api. Penjual kasturi adakalanya memberi kepadamu atau engkau membeli kepadanya, atau setidak-tidaknya engkau mendapat bau daripadanya. Adapun peniup api, kalaupun tidak sampai membakar pakaianmu, maka (setidak-tidaknya) engkau akan menerima bau busuk daripadanya.”
(Riwayat [...]
Difailkan dalam: Amalan Sunnah | Tagged: kawan, sahabat | Leave a Comment »
Posted on 26 Ogos 2008 by abyelsyam
Saudara-saudaraku…
Mendidik anak memang bukan mudah. Mereka bukan alat permainan yang boleh dialih, diubah dan sebagainya. Anak dilahirkan adalah berdasarkan fitrah. Mereka akan membesar mengikut persekitaran.
Hadis Abu Hurairah katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah iaitu suci bersih. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi. Sebagaimana seekor ternakan yang melahirkan [...]
Difailkan dalam: Tahukah saudaraku.....? | Tagged: anak | Leave a Comment »